Tahap kebersihan memang tip top, Mia Cat Paradise syurga keselesaan untuk kucing tersayang

MENYEDARI potensi besar ditambah skala kesayangan terhadap kucing semakin bercambah, pasangan suami isteri, Ahmad Faiz Yahya Haris dan Amira Syahira Roslan mengorak langkah berani dengan membuka sebuah hotel kucing.

Hasil bantuan daripada bapa saudara, Ahmad Syukri Hashim, maka wujudlah Mia Cat Paradise yang diambil sempena nama pena isteri tersayang.

Baca ni DIY cat feeder untuk kucing jalanan. Boleh praktikkan jika nak balik kampung. Modalnya, guna botol mineral jer. Mudah & praktikal!

Cerita Ahmad Faiz yang merupakan bekas penasihat jualan sebuah jenama kereta, beliau sebenarnya tiada pengalaman langsung dalam membela atau membelai kucing.

Disebabkan beberapa tahun sebelum itu terdapat masalah dari segi unit kenderaan, ditambah bilangan anak dan kos hidup meningkat, beliau harus melakukan sesuatu.

“Saya ambil keputusan berkerja dengan pak cik saya, Ahmad Syukri yang mengusahakan kedai peralatan, makanan dan hotel kucing. Lama-kelamaan, timbul rasa seronok dengan kucing-kucing ini dan hidup saya rasa lebih tenang,“ akuinya.

Menurut anak kelahiran Cheras, Selangor itu lagi, Mia Cat Paradise yang dibuka pada penghujung tahun lalu amat mengutamakan keselesaan dan keceriaan si bulus serta tuannya.

Baca ni Olivia, kucing ke-3 berharta di dunia dengan kekayaan lebih RM426 juta rupanya milik Taylor Swift

Memilih konsep feminin dan minimalis, hotel berkenaan menawarkan dua jenis hotel iaitu kamar berstatus premium yang boleh memuatkan hingga enam ekor kucing dewasa, manakala kamar jenis mewah pula menempatkan dua ekor kucing dewasa.

“Hotel ini jenis pasang siap dan lekat terus pada dinding. Justeru, untuk kamar premium, kami bina dengan menggunakan partition atau sekatan dan simen, manakala lantainya jenis vinyl. Bagi kamar mewar pula, ia diperbuat daripada kayu yang sudah disalut supaya tidak mudah rosak dan tahan lama,“ katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Beritahu usahawan tersebut, idea dan konsep Mia Cat Paradise yang berkeluasan kira-kira 76.65 meter persegi itu adalah 100 peratus datang daripada isteri tercinta.

“Saya berikan kepercayaan sepenuhnya untuk beliau berkarya. Ini termasuklah dari segi pemilihan warna merah jambu. Rona itu dipercayai akan membuatkan pemilik kucing dan haiwan peliharaannya rasa tenang,“ ulas pemegang Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dari sebuah universiti tempatan itu.

TAHAP KEBERSIHAN

Menyambung perbualan, Ahmad Faiz berkata, beliau memberi layanan kelas pertama kepada tetamu istimewanya, si bulus yang jinak.

Baca ni Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

Segala barang keperluan yang diperlukan ‘mereka‘ sudah disediakan. Jadi, pemilik kucing tidak perlu bersusah payah.

Iklan

Tahap kebersihan di tempat penginapan juga sentiasa terpelihara dan dijaga sebaik-baiknya.

“Semua kamar di sini termasuk tempat bermain kucing akan dibersihkan dengan pembasmi kuman bagi mengelak sebarang risiko. Bukan itu sahaja, kami akan sentiasa mengemaskini aktiviti kucing-kucing kepada tuannya dengan menghantar video dan gambar melalui aplikasi Whatsapp,“ ungkapnya.

Malah, di Mia Cat Paradise juga menawarkan perkhidmatan memandikan kucing, merawat kutu dan fungus termasuk perkhidmatan mencukur bulu mengikut gaya Lion Cut, Dino Cut atau Teddy Cut.

Tidak mahu si bulus hidup dalam kebosanan di hotel, Ahmad Faiz akan menyusun jadual khusus. Misalnya, dalam sehari sekali, semua kucing akan dibenarkan keluar bermain.

Iklan

“Masing-masing akan dibebaskan dari sangkar masing-masing. Kami tidak akan campurkan ‘mereka‘ bersama atas faktor takut semua bergaduh. Satu lagi, mungkin kucing yang mempunyai kutu akan menjangkiti kucing lain,“ ujarnya.

Khusus untuk si bulus yang suka mencakar di sana sini, Mia Cat Paradise menyediakan tempat pencakar istimewa.

“Biarpun kita menggunakan kayu yang berkualiti sekali pun, tetap akan rosak. Solusinya, kami letakkan tempat pencakar khas untuk ‘mereka‘,“ katanya.

Kepada satu soalan, Ahmad Faiz berkata, sehingga ke saat ini, tidak pernah lagi ada kes kucing yang sakit setelah pulang dari hotelnya. Itu sebab bab kebersihan sangat diutamakan,“ ujarnya.’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.