Tahun Baharu, gaya pun baharu. Rona ungu dan stail renda bakal dominasi trend fesyen global, lokal

A
A
A

TAHUN 2022 sudah menutup tirai. Lupakan apa yang berlaku dahulu, sudah tiba masanya kita berbicara tentang trend fesyen 2023.

Apa yang jelas kini, pereka tempatan mahupun luar negara semakin bercambah. Rata-ratanya memunculkan idea baharu yang adakalanya di luar kebiasaan.

Sesetengahnya mengetengahkan buah fikiran yang dinamik, terdapat juga sebaliknya.Tidak kiralah apa-apa pun, persoalannya, apakah ciri-ciri yang bakal mempelopori dunia fesyen dunia dan lokal sekitar tahun ini?

Sumber fgambar Pexels.com

SinarPlus baru-baru ini mewawancara pereka fesyen ternama tanah air, Calvin Thoo yang sudah menapak dalam industri sekitar 30 tahun dengan menggunakan namanya sebagai jenama.

Kongsi Calvin, dari segi rona, beliau menjangkakan nuansa warna neon bakal mendominasi. Pun demikian, biru, hijau, merah dan ungu lavender turut menjadi tumpuan.

Sumber gambar Calvin Thoo

Dari aspek busana pula, pereka itu melihat renda (lace) akan menjadi kegemaran ramai.

“Untuk penampilan, gaya jaket dan juga pemakaian zaman 1980-an masih menjadi pilihan. Kebarangkalian fesyen untuk tahun ini juga mungkin akan nampak sedikit seksi, namun tidak terlalu terdedah,“ katanya yang menjadikan kraf tempatan dan teknik couture pereka antarabangsa sebagai sumber inspirasi.

Kami turut mendapatkan pandangan seorang influencer media sosial yang sentiasa mementingkan penampilan, Siti Nursyazreen Nabila Mohd Anis.

Baca ni 'Baju 'letup', pemandangan cantik. Memang 'queen' betul.' Perkongsian Che Ta bercuti di Bali raih perhatian

Sebagai individu yang mewakili jenama Poplook, beliau cenderung kepada kelompok warna viva magenta.

“Kami menjangkakan rona itu akan menjadi popular, begitu juga dengan merah jambu dan ungu,“ katanya yang juga Eksekutif Pemasaran Media, Poplook.

Sumber gambar Poplook

Siti Nursyazreen juga mengandaikan baju bersaiz besar dengar seluar yang sepadan yang amat popular pada tahun lalu akan terus mengekalkan momentum sama pada tahun 2023.

“Kami di Poplook turut mengguna pakai pelbagai jenis fabrik bermutu seperti kapas, linen dan viscose,“ katanya sambil menambah, koleksi terbaharu jenama itu akan terus menampilkan tema yang segar dan trendy sesuai untuk semua wanita tidak mengira lapisan umur.

PANDANGAN ANTARABANGSA

Dalam pada itu, SinarPlus turut merujuk laman web fesyen dan kediaman terkemuka dunia, Woman & Home. Mereka telah mendokumentasikan 10 trend fesyen pada awal 2023 hasil rekomendasi para pereka fesyen dunia.

Baca lagi Melinda Looi pilih anak sendiri untuk berkolaboratif dalam koleksi terbaharu yang berjiwa muda

Pun demikian, kami hanya memetik beberapa kriteria yang sesuai dengan cita rasa tempatan. Antaranya:

1 Busana dengan rona ungu

Sama seperti jangkaan Calvin, warna berkenaan akan terus mengumpul lebih ramai penggemarnya. Daripada seluar, gaun, jaket sehingga kasut, nuansa itu akan menguasai fesyen 2023.

Selain itu, warna biru seperti biru pastel cocok untuk dipadukan dengan motif bunga untuk gaun mahupun blaus.

Sumber gambar Calvin Thoo

2 Potongan renda

Sekali lagi, ia sama dengan andaian Calvin. Pakaian dengan potongan renda disifatkan bukan hanya sesuai digayakan pada musim panas, tetapi turut ideal dipakai pada acara rasmi.

3 Nuansa kuning terang ala warna matahari

Simbahan rona itu kena dengan mode pakaian jenis blazer, gaun mahupun blaus. Pemakainya akan lebih menonjol sepanjang acara yang dihadiri. Ia akan kelihatan lebih sofistikated dengan tambahan jalur berwarna putih.

4 Penampilan sporty

Seiring dengan keadaan semasa, pakaian jenis sporty juga didesain khusus untuk acara formal seperti jamuan makan. Biasanya ia diterjemahkan kepada beberapa item seperti bomber jacket, silky sweatshirts atau jaket sukan.

Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

5 Ruffles

Ia berbentuk berenda dan beralun. Beberapa jenis pakaian ruffles adalah seperti ruffled skirt, ruffled shoulder dan ruffled blaus.

Sumber gambar Pexels.com

6 Motif floral

Corak bunga turut menghiasi trend fesyen 2023. Sudah tentunya ia diinterpretasikan pada blaus dan gaun wanita.

7 Busana nuansa warna biru

Selain warna ungu, pakaian rona biru juga akan mendominasi. Biru pastel atau baby blue akan menjadi warna andalan untuk trend fashion 2023 ini. Pakaian bernuansa biru sangat sesuai disepadankan dengan motif floral untuk gaun mahupun blaus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca