RUANG tamu adalah salah satu ruang yang sangat penting dalam menghidupkan suasana sesebuah kediaman.

Masakan tidak, buka sahaja pintu, sudut itu yang akan terus menghala ke retina mata kita atau tetamu yang datang bertandang.

Untuk bersantai, berehat dan berbual pun, lokasi tersebutlah yang menjadi pilihan utama. Disebabkan ia menjadi nadi utama kepada sesebuah mahligai, maka amat berpatutanlah jika ruang tamu diberi sentuhan yang lebih ‘manja‘, sofistikated dan selayaknya tidak dibiarkan terlalu kosong sehingga nampak tidak bermaya.

Namun, tidak perlulah sehingga berkorban harta dan menggadai semua benda disebabkan memenuhi matlamat itu.

Baca ni Tidak hanya jadi ‘aurat’ sesebuah rumah, langsir boleh bikin kediaman nampak mewah, elegan

rumah
Gambar sumber PEXELS

Bagi SinarPlus, biarlah segalanya sederhana, asalkan mementingkan elemen keselesaan dan kelihatan elegan. Justeru, untuk mendapatkan tip bagaimana mendekor ruang tamu dengan lebih berkesan, penulis menghubungi pengasas Ai Curtains Home Furnishing Sdn Bhd, Aida Haswani Abu Hassan.

Barangkali daripada inti pati wawancara kami memberi inspirasi kepada pembaca bagi membangkitkan aura teratak anda.

Pertama sekali, kata Aida Haswani, jika kita berasa dekorasi ruang tamu tidak meriah dan membosankan, itu memberi isyarat bahawa sudah tiba masa untuk mengubah susun atur perabot dan hiasan.

“Namun, seperti yang saya selalu kata kepada para pelanggan, jangan terlalu banyak keluarkan wang.

“Lihat dan kaji dulu. Beri sedikit tambahan beberapa barang baharu atau barangkali menukar salah satu perhiasan di lantai atau badan dinding. Kalau ada bajet lebih, barulah lakukan transformasi menyeluruh,“ katanya.

Baca lagi Hias rumah untuk raya, 6 tip ini jadikan ruang tamu elegan dan tenang

CURTAIN

Menurut ahli perniagaan itu, sedikit transisi yang dibuat, nescaya boleh mencetuskan semangat dan rasa cinta pada ruang baharu yang dibuat bukan pada sahaja pada tuan rumah, malah dalam kalangan penziarah.

Bagi memudahkan pembaca untuk memberi nafas baharu di ruang tamu masing-masing, kami kongsikan petua dalam bentuk huraian paling mudah difahami.

1 Pilih warna mengikut mood

Orang ramai kena fahami bahawa rona yang dipilih akan memberi kesan kepada emosi dan mood anda dan keluarga.

Ingat, warna juga boleh memberi inspirasi, menerapkan aura positif dan menenangkan minda yang berserabut.

2 Dinding sebagai tumpuan dekor

Menukar warna dinding sama ada mengecat dengan warna ataupun menggunakan kertas dinding akan memberi pemandangan baharu. Namun, pastikan ia sesuai dengan cita rasa dan kecenderungan anda.

3 Memilih perabot yang betul

Skop ini sangat signifikan. Sekiranya anda memang sudah berniat untuk membeli perabot baharu, pastikan pilih desain perabot yang betul seiring dengan tema hiasan.

 

Satu lagi hal yang anda tidak boleh abaikan, pastikan ukur dan buat kiraan di setiap sudut ruang tamu kediaman anda.

Baca lagi Rona warna, perabot, pencahayaan. 3 elemen buatkan kediaman menawan walau ruang terhad

Iklan
Gambar sumber PEXELS

Elak daripada menempatkan perabot terlalu banyak, tidak dihias dengan barangan hiasan berbahaya seperti pasu bunga berkaki yang tidak stabil, hiasan kaca atau benda tajam terutama di ruang tamu yang sempit.

Seperkara, pelbagaikan pemilihan item agar ruang tamu tidak nampak seperti bilik pameran di kedai perabot.

4 Seimbangkan antara fungsi dan cantik

Dalam erti kata mudah, hindarkan daripada membeli dan meletak sesuatu perabot hanya kerana ia nampak cantik.

Fikirkan sekali fungsinya. Sebagai contoh, adakah perlu memilih sofa dua seater sedangkan ketika berkumpul, bilangan ahli keluarga melebihi enam orang?

Baca juga Kertas dinding serlahkan ruang. Berikut tip pilih material ini agar tak serabut, kekal lama

Gambar sumber PEXELS

5 Hias ruangan sliding atau tingkap

Majoriti rumah di Malaysia direka lebih untuk menutup ruangan tingkap atau pintu bagi memelihara aurat dan rahsia keluarga.

Iklan

Justeru, pilih langsir yang sesuai dengan desain, tidak terlalu sarat dengan banyak motif yang berserabut.

Paling penting, langsir tersebut tidak menghalang 100 peratus pencahayaan daripada masuk ke dalam ruang tamu.

Baca juga Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menarik

CURTAIN 1

Jika perlu langsir daripada jenis sunblock, padanan warna langsir dan penggunaan sheer sebagai hiasan bagi menutup gril atau frame akan menaikkan lagi seri ruang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!