Tak perlu lagi buat pra tempah, iphone 12 dah boleh dibeli bermula hari ini

Tak perlu lagi buat pra tempah, iphone 12 dah boleh dibeli bermula hari ini
Tak perlu lagi buat pra tempah, iphone 12 dah boleh dibeli bermula hari ini
A
A
A

AKHIRNYA penantian peminat tegar telefon pintar jenama popular dunia, Apple berakhir apabila Apple mengumumkan model iphone terbaharunya kini sedia untuk dipasarkan.

Menurut kenyataan rasmi Apple, bermula hari ini, siri telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu iPhone 12 kini boleh dimiliki oleh pengguna yang mana sebelum ini ia perlu dipra tempah.

Pengguna kini boleh mengunjungi mana-mana wakil penjual yang sah untuk peranti berkenaan atau mengunjungi laman web mereka untuk membuat pembelian.

Empat model ditawarkan dibawah siri iPhone 12 untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.

iPhone 12 pro

Bagi siri iPhone 12 Mini, ia adalah variasi bersaiz kecil dengan skrin 5.4 inci manakala untuk iPhone 12 hadir dengan skrin berkeluasan 6 inci sama seperti iPhone 12 Pro. iPhone 12 Pro Max pula menawarkan skrin bersaiz paling besar, iaitu 6.68-inci.

Keempat-empat model ini hadir dijana dengan cip Apple A14 Bionic, selain dilengkapi skrin panel OLED.

iPhone 12 Mini dan iPhone 12 hadir dengan dwi-kamera belakang, sementara dua model lagi menawarkan sensor tambahan dibelakang. iPhone 12 Pro Max turut hadir dengan sensor tambahan LiDAR, selain turut menawarkan sokongan rakaman pada kualiti ProRAW.

Di Malaysia, korang boleh mendapatkan iPhone 12 Mini pada harga bermula RM3399, iPhone 12 bermula RM3899, iPhone 12 Pro bermula RM4899 dan akhir sekali iPhone 12 Pro Max bermula RM5299.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca