Tak perlu pakai mixer, mudahnya buat kek coklat moist jimat tanpa telur, susu & mentega

BILA sebut kek coklat, pasti terbayang rasanya yang enak, lembut dan mengasyikkan. Kena pula yang moist tu kan aduhai sedapnya!

Pastinya kek coklat lembap atau moist chocolate cake ni antara kek yang paling digemari ramai.

Sedap dinikmati ketika minum petang atau sarapan pagi, kek coklat moist ni rupanya senang sahaja dibuatnya.

Bagi yang ingin mencuba, ini resipi kek coklat lembut, lembap dan mudah kerana dibuat tanpa telur, susu atau mentega, sangat cepat dan senang disediakan.

Cuba juga Resipi puding tembikai sedap dan mudah, guna roti dan blend je!

Krediti foto: Zai Nun Dasuki

Kata pemilik resipinya, Zai Nun Dasuki, bagi kek ini dibakar seperti muffin, boleh juga diletakkan ke dalam loyang.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, sehingga kini resipi itu telah mendapat hampir 3,000 shares, ada yang telah mencuba dan berjaya mendapat kek coklat moist yang sedap.

Bolehlah lepas ni ibu-ibu cuba buat kek hari lahir sendiri bersama anak-anak, boleh hias macam-macam yang diinginkan kan. Seronok juga tu.

Bahan-bahannya;

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cwn air suam
  • *2 sudu kecil Nescafe( letak lagi sedap)

Baca juga Resipi paling mudah tauhu begedil dengan sambal kicap berapi, sedap berbaloi buat sendiri

 

Iklan

Cara membuatnya;

1. Gaul semua bahan kering, lepas tu campur dengan bahan basah, gaul dengann sudu atau sudip tak perlu pakai mixer.

2. Bakar pada 180 c , selama 30 minit.

Cuba juga Sedapnya kuih mochi, ini resipi versi Melayu sukatan cawan inti kacang merah lembut & kenyal

Iklan

Siap! Selamat mencuba.

Sumber: Zai Nun Dasuki

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.