Tak perlu waswas lagi, jenama teh premium CHAGEE kini miliki sijil halal JAKIM

A
A
A

Tak perlu waswas lagi, jenama teh premium CHAGEE kini miliki sijil halal JAKIM

JENAMA teh premium CHAGEE baru-baru ini menerima sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk lima cawangannya dengan 30 buah lagi premis akan menyusul.

Timbalan Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Ng Jia Jun berkata, pihaknya berharap semua pengguna terutama masyarakat Islam dapat menikmati minuman CHAGEE kegemaran mereka dengan penuh yakin dan tanpa rasa waswas selepas ini.

“Tidak kira anda menikmati adunan teh susu segar klasik atau mencuba teh buah-buahan hasil ciptaan inovatif kami, anda diberi jaminan bahawa setiap cawan teh memenuhi piawaian halal yang tertinggi,“ katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman berita tersebut di sebuah pusat beli-belah di Selangor.

BACA JUGA: Teh masala kaw lemak manis berkrim, memang terasa nikmatnya. Ini langkah senang nak buat

BACA JUGA: Batuk berkahak tak reda-reda, pakar otak saran minum teh campuran halia, bunga cengkih

Hadir sama Penolong Pengarah Kanan, Jakim, Mohd Shahril Abd Samat.

Mengulas lanjut, Jia Jun berkata, dengan peningkatan keyakinan pelanggan di samping prospek pasaran cerah dan trend minum teh yang semakin berkembang, CHAGEE berhasrat meluaskan rangkaian cawangan daripada 70 buah sedia ada kepada 300 premis di seluruh Malaysia menjelang akhir 2025.

“Pensijilan halal memberi kami dorongan padu, bukan sahaja untuk meluaskan rangkaian, tetapi juga terus mempelopori inovasi minuman kami untuk memenuhi keperluan pelbagai masyarakat di Malaysia,“ katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.chagee.com.my.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca