KALAU dihitung, kurang 20 hari saja lagi umat Islam bakal menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri.

Sudah tentu, ramai yang tengah membuat persiapan awal untuk menyambut Syawal. Antara lain, keperluan pakaian, perabot atau kelengkapan baharu untuk menaikkan lagi seri rumah.

Ramai yang berpendapat, kena beli barang-barang yang sudah disenarai pendek lebih awal. Bimbang jika semua hantaran terkandas disebabkan lambakan order menjelang raya.

Tak salah kalau nak sediakan payung sebelum hujan. Lagi pula Shopee kini sedang rancak menganjurkan kempen jualan murah yang rugi kalau tak grab laju-laju.

item rayaCarian SinarPlus mendapati, antara item yang paling laku keras dalam platform jualan gudang online popular tersebut seperti bekas kuih, sarung kusyen, langsir, pembersih habuk dan tempat letak air.

item raya1. Bekas kuih raya
– Banyak pilihan bekas kuih raya yang comel dan elegan untuk diletakkan di ruang meja kopi atau meja makan.
– Bukan saja jenis kaca yang nampak wow, bekas yang diperbuat daripada plastik pun agak praktikal untuk dibeli.

item raya– Harga serendah RM2.99 sehingga nilai yang kalian fikir sesuai dengan bajet.
– Tip nak barang cepat sampai, belilah dengan seller tempatan.

item raya2. Sarung kusyen legend
– Bagi mereka yang lahir zaman 80-an ke bawah, mesti ada kenangan bersama sarung kusyen legend.
– Setiap kali menjelang raya, semua adik-beradik pakat ambil satu sarung untuk menggantikan yang baharu.

item raya– Sekarang ini, banyak pilihan dan harganya pun murah berbanding biasa.
– Kalau rumah kampung masih mempunyai kerusi desain seperti itu, bolehlah rebut harga menarik.
item raya3. Langsir pasang siap
– Bagi mereka yang mahu menaikkan seri rumah khususnya pada tingkap, apa kata pertimbangkan langsir instant yang sudah siap dijahit.
– Hanya tinggal ukur kepanjangan dan kelebaran tingkap untuk memilih jenis langsir yang berkenaan di hati.

item raya
– Lagi mudah, kebanyakan seller juga menyenarai jenis tingkap, lengkap dengan ukuran untuk memudahkan urusan pembelian.
– Jika bertuah, harga untuk langsir boleh dapat serendah RM4 jer kalau pandai cari.

 

Baca juga Lagi jimat buat sendiri kuih raya, ini 5 gajet dapur mampu milik boleh grab sekarang
item raya4. Pembersih habuk
– Antara item wajib ada setiap kali rewang membersihkan rumah, kan?
– Sama ada mahu mencuci kipas, tingkap, siling atau lantai, kita perlu ada set lengkap untuk mudahkan kerja.

item raya– Serendah 83 sen jer harga yang ditawarkan untuk pembersih kipas dan kalau nak barang premium, harganya masih mampu milik.

item raya5. Bekas air raya
– Selain makanan, air juga jadi tumpuan ramai.
– Walaupun minuman biasa-biasa je tapi kalau letak dalam bekas yang wow, orang pun tertarik nak datang minum.

item rayaShopee menawarkan pelbagai pilihan untuk kalian sama ada mahu jenis kaca atau plastik.
– Bukan itu saja, jug gergasi itu juga direka bentuk untuk satu, dua atau tiga isian.

Iklan

Baca juga Jualan LazFlash diskaun 90 peratus lagi jimat, ini 5 item wajib grab sepanjang Ramadan

Nah! Siapa kata SinarPlus tak payung? Banyak lagi sebenarnya item yang boleh kalian usha di Shopee mengikut keperluan masing-masing.

item raya

Jangan order last minute, takut barang tak sampai rumah pula. 😆

Iklan

Lagi satu, dah bayar zakat fitrah belum? Jangan lupa tunaikan tanggungjawab ya.

Okey! Selamat bershopping.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!