KALAU ikut cara berpantang orang dulu-dulu, ramai yang melarang ibu dalam berpantang selepas bersalin makan telur mahupun juadah yang mempunyai bahan itu.

Kononnya akan memberikan kesan kepada kesihatan. Sebenarnya ramai pakar dan pengamal perubatan bertauliah sudahpun menerangkan tentangnya.

Ironinya masih ramai ibu berpantang yang takut-takut hendak makan telur. Sedangkan ia mengandungi banyak khasiat.

Pakar sakit puan yang mempunyai lebih 44 tahun pengalaman, Dr Hamid Arshat berkongsi nasihat beliau:

1. Hanya Kepercayaan Orang Tua Zaman Dahulu

Sering kita diingatkan agar jangan makan telur lepas bersalin atau lepas bedah; konon takut luka bernanah. Adakah fakta ini benar? Ini adalah antara kepercayaan dan amalan orang tua-tua dahulu yang saya dapati tiada asas atau bukti nyata.

Artikel berkaitan: Makanan berkhasiat dan seimbang bantu badan lawan virus secara semula jadi        

2. Telur Tidak Meningkatkan Risiko Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

Benarkah telur meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah kita yang seterusnya meningkatkan risiko darah tinggi dan sakit jantung? Ini juga satu andaian yang banyak dipercayai orang ramai. Semua fakta-fakta itu sudah tidak sahih lagi.

Iklan

3. Makan Telur 1 – 2 Biji Telur Sehari

Iklan

Malah satu kajian menunjukkan makan 1-2 biji telur setiap hari meningkatkan kesihatan badan tanpa meningkatan tahap kolesterol dalam darah.

Ada kajian menunjukkan amalan makan telur boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Antara khasiatnya adalah mengandungi berbagai vitamin A B D E K , logam selenium, kalsium, zinc. Setiap biji mengandungi 77 kalori, 5 gram protein dan lemak-lemak baik. Telur adalah antara makanan terbaik.

Sumber: Klinik Dr Hamid Arshat, mommibuddy.com/blog