Tanda-tanda anak kecil perlukan cermin mata

No Image Caption
A
A
A

KABUR penglihatan dalam kalangan kanak-kanak bukanlah perkara yang asing bagi kita. Namun, masalah penglihatan pada kanak-kanak kerap kali terabai.

Hal ini mungkin kerana mereka terlalu kecil dan muda untuk mengadu serta tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan penglihatan jelas.

Masalah itu turut ditambah dengan sikap sebilangan ibu bapa yang tidak percaya dengan aduan anak-anak mereka sendiri.

Hanya ibu bapa yang prihatin sahaja dapat mengenal pasti masalah penglihatan anak-anak melalui perlakuan mereka dalam aktiviti seharian.

Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang berkata penglihatan kanak-kanak sangat penting kerana ia merupakan deria yang perlu dirangsang sejak awal lagi agar dapat berkembang dengan baik dan normal.

"Kelewatan merawat boleh mengakibatkan kecacatan penglihatan seumur hidup," katanya.

Berikut beberapa tanda anak kecil perlu memakai cermin mata:

1. Duduk terlalu dekat dengan televisyen

2. Sering mengadu sakit kepala dan sakit mata

3. Kerap menutup satu mata

4. Kadangkala, menyengetkan kepala

5. Menyepet mata

6. Gosok mata secara berlebihan

7. Sukar fokus di sekolah

"Jika anak anda sudah pandai bercakap, mereka mungkin sudah mula mengadu mengenai sakit mata," ujar Dr Samhan.

Oleh itu, bawalah berjumpa dengan doktor atau optometris untuk melakukan pemeriksaan mata. Jangan tunggu lama-lama. Lebih awal mata rabun dikenal pasti dan dirawat, lebih baik untuk perkembangan pembelajaran anak anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca