GOLONGAN wanita lebih-lebih lagi yang berstatus isteri dan ibu sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar. Jarang wanita yang tidak komited pada ‘tugas’ ini.

Lazimnya, segala kudrat yang ada akan dicurahkan sepenuhnya untuk berbakti. Barangkali selepas semua tumpuan diberikan untuk yang orang tersayang, ada perkara lain pula terkadang dilupakan.

Akhirnya membuatkan wanita itu lelah sendiri.

Jika itu yang dirasakan oleh seseorang wanita, sebaiknya periksa diri.

Perkongsian oleh pakar perhubungan dan keintiman, Diyana Tahir ini mungkin boleh dijadikan panduan.

Jaga diri

Penat dan letih tu memang perkara biasa. Lagi-lagi buat yang bergelar isteri. Selepas penat bekerja, pulang rumah kena masak dan jaga anak-anak. Anak-anak pula kalau seorang sahaja takpa lagi, kalau yang dah 2 ke 3, memang tak menang tangan nak uruskan. Belum lagi sentuh soal ragam masing-masing.

Adakah ada wanita selalu penat tanpa sebab yang munasabah?

Sebagai seorang wanita yang memegang tanggungjawab sebagai isteri harus sentiasa beringat yang penting untuk menjaga kesihatan dari segi fizikal dan emosi. Bagaimana nak memberi sepenuhnya pada suami dan anak-anak jika diri sendiri pun tak terjaga?

Jom baca perkongsian tentang 5 tanda wanita tersalah guna energi tubuh..

1. TIDAK SENSITIF

Bagi yang dah berkahwin, wanita biasanya dah tak sensitif bila disentuh oleh pasangan. Senang cerita takde SPARK LOVE. Nak layan suami pun rasa terpaksa sebab saraf dah tak rasa apa-apa. Macam mati put*k.

2. EGO MENINGGI

Suka pandang rendah pada pasangan sebab rasa bajet bagus. Lagi-lagi memang wanita yang jenis kuat berdikari tu.. tanpa disedari, kerana ego andalah pasangan menjauhkan diri. Ha. Jaga-jaga!

3. SANGAT MASKULIN

Asyik-asyik diri sendiri yang buat keputusan, tentukan apa yang patut dibuat. Yang suami pula tak diberikan peluang nak bercakap atau beri pandangan. Bagi anda, andalah BOSS dalam rumahtangga anda.

4. BLUR

Adakalanya anda mudah BLUR atau lambat paham. Lambat nak berfikir sebab terganggu oleh sesuatu. Macam ada benda yang stuck dalam pemikiran anda. Situasi ni akan melemahkan daya kreativiti anda dalam kehidupan.

Iklan

5. EMOSI

Bukan time bulan merah sahaja, hampir setiap hari anda kuat beremosi. Sikit-sikit nak marah. Kejap-kejap nak sedih pulak. Emosi roller coster sampai suami pun tak faham apa sebenarnya yang dialami.

Sebenarnya ramai wanita yang mengalami masalah-masalah ni tapi TAK BUAT APA-APA.

Ye, TAK BUAT APA-APA…

Alasan yang paling cliche ‘Oh.. mungkin saya kurang rehat kot. Saya okay je sebenarnya.’ Padahal batin mereka sebenarnya perlukan rehat untuk merawat ‘energi’ yang hilang tu.

Iklan

Artikel berkaitan: Cabaran berkahwin dengan duda… peguam ini beri pesanan yang wanita perlu tahu

Jangan ambil mudah perkara ini. Jika ada kesemua tanda yang di atas tu, mungkin anda sedang depresi dan tidak bahagia sebab orang yang tidak bahagia ni selalunya penat. Kadang-kadang tak buat apa-apa pun, penat sangat.

Sebelum perkara ini menjadi lebih teruk, carilah solusinya secepat mungkin, kerana seringkali perasaan positif dan gembira hanya menyinggah di hati sebentar saja. Paling lama pun 2 minggu. Akhirnya, anda mengalah dan kembali kepada takuk lama. Jangan risau! Mungkin anda cuma perlukan TRANSFORMASI di peringkat HATI.

Kredit: Diyana Tahir