PASTINYA, dengar sahaja perkataan ‘i love you’ ia akan membuatkan semua orang teruja.

Untuk pengetahuan, salah satu teknik urutan yang sangat bagus dan mudah diamalkan pada bayi adalah urutan ‘I Love You’.

Urutan berkenaan bukan sahaja mengeratkan hubungan ibu dan anak malah dengan cara urutan yang betul, mampu melegakan perut bayi dan menenangkan bayi. Urutan ini mudah diingat kerana menggunakan huruf ‘I’, ‘L’ dan ‘U’.

Cara urutan I Love You:
1. Baringkan bayi dengan permukaan rata dan bersih. Ambil sedikit Trub Balm pastikan balm berada di jari tangan.
2. Pandang bayi dan mulakan dengan urutan huruf ‘I’. Gunakan dua atau tiga jari dengan perut di bahagian kiri bayi di atas tulang rusuknya. Ikuti ke bawah ke sendi pinggul.
3. Kemudian, buat urutan huruf ‘L’ terbalik dari kanan ke kiri perut bayi.
4. Akhir sekali, buat urutan huruf ‘U’ terbalik dari kanan ke kiri perut.
5. Ulang beberapa kali urutan ini sehingga bayi lega dan selesa.

Penting untuk diketahui, pastikan urutan yang dilakukan dimulakan dengan bahagian kiri perut bayi, iaitu di bahagian kanan ibu bagi memastikan angin lebih mudah dikeluarkan melalui saluran yang betul.

Bukan itu sahaja, ibu juga digalakkan, menyebut perkataan ‘I Love You’ supaya dapat merangsang pendengaran bayi justeru melahirkan rasa sayang terhadap bayi anda.

Artikel berkaitan: Elak guna bedak talkum jika bayi alami ruam lampin, ini 10 tip mudah atasi masalah itu

Iklan

Antara manfaat lainnya adalah apabila ibu mengurut bayi, hormon oxytocin akan dirembeskan oleh ibu dan bayi.

Hormon itu akan membantu menguatkan lagi ikatan hubungan antara ibu dan bayi dan sekali gus meningkatkan ikatan kasih sayang.

Iklan

Anak yang berjaya merembeskan hormon oxytocin lebih mudah dijaga dan lebih tenang serta kurang meragam. Pastinya si ibu lebih gembira apabila anak gembira. Moga bermanfaat.

Sumber: ommekids.com