Miliki papan kekunci ergonomik, tetikus yang boleh diubah suai dan paparan skrin ultra lebar, pasti puas main game
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/13/thumbs/900x900/3005599.jpg)
Lenovo Legion Pro 34WD-10
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/13/3005598.jpg)
Tingkatkan permainan game anda dengan visual yang menakjubkan dan penuh impak melalui paparan skrin ultra-lebar 34 inci, 21:9 yang mampu memaksimumkan ruang untuk kepuasan semasa bermain game.
Kadar segar semula 240Hz memberikan kelebihan kompetitif kepada pemain, membolehkan permainan lebih lancar dan responsif tanpa sebarang gangguan. Sebagai sebuah paparan gaming ultra-lebar, model ini hadir dengan ciri-ciri yang menarik, seperti kebolehan untuk menyempadankan paparan ini kepada tiga skrin dan suis KVM (keyboard, video, mouse). Ia juga memiliki teknologi sensor pintar bagi menyesuaikan pengguna secara automatik.
HyperX Pulsefire Saga Pro
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/13/3005600.jpg)
HyperX telah menambah tetikus permainan baharu ke dalam rangkaian Pulsefire tahun ini, dengan siri baharu Saga Pro yang menawarkan pilihan penyesuaian yang lebih mendalam berbanding tetikus biasa di pasaran. Kedua-dua model tanpa wayar dan berwayar menggunakan rangka modular dengan klik tetikus utama dan bahaian belakang yang boleh dipasang secara magnetic. Ia juga boleh ditukar ganti mengikut keselesaan anda untuk pelbagai jenis genggaman.
MSI Strike 600
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/13/3005597.jpg)
Pemilihan papan kekunci yang selesa amat diperlukan oleh penggemar e-sukan kerana tempoh penggunaan yang lama. Oleh itu, model MSI Strike 600 adalah pilihan yang tepat kerana dilengkapi dengan kekunci mekanikal senyap, pencahayaan RGB yang boleh disesuaikan serta reka bentuk ergonomik. Pastinya sangat sesuai untuk pemain yang mencari ketepatan dan keselesaan dengan prestasi yang lebih senyap ketika bermain game.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang