Kereta elektrik kini jadi pilihan gaya hidup canggih & mewah, ini lokasi baharu wajib singgah
KERETA elektrik bukan lagi sekadar alternatif pengangkutan, malah ia kini menjadi satu simbol trend gaya hidup dan Denza adalah buktinya.
Boleh dikatakan, Denza bukan label biasa-biasa. Fitur baharu itu adalah sub-jenama mewah di bawah nama besar, BYD Auto yang merupakan pengeluar EV terkemuka dunia yang sedang menawan pasaran global.
Apa yang menjadikan Denza istimewa? Selain gabungan teknologi canggih, reka bentuk elegan dan pengalaman pemanduan premium menjadi satu pakej lengkap yang bakal mengujakan pembeli lokal.
Lagi satu, Denza juga menawarkan apa yang ramai pemilik EV cari iaitu kuasa dan kemewahan yang boleh dirasai daripada saat anda buka pintu kereta.

Setiap model direka untuk menyerlahkan gaya hidup urban yang dinamik dan berkelas tinggi ditambah dengan prestasi pemanduan lancar, ruang kabin luas serta sistem pintar terkini.
Nampaknya satu berita baik buat peminat automotif tempatan apabila kenderaan tersebut secara rasmi berada di Malaysia dan dilancarkan dengan gah menerusi pembukaan bilik pameran Denza SISMA Auto Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Percayalah, showroom itu bukan biasa-biasa. Bilik pameran dua tingkat seluas 20,000 kaki persegi itu dibina dengan pelaburan bernilai RM25 juta.
Ia menampilkan reka bentuk moden yang menggambarkan semangat Denza iaitu mewah, sofistikated dan berdaya saing.

Ruang galeri kenderaan yang luas membolehkan pengunjung melihat lebih dekat barisan EV Denza dan sesi pandu uji untuk merasai kehebatan sebenar di sebalik stereng.
Lebih menarik, pusat tersebut juga dilengkapi dengan pusat servis tercanggih dan perkhidmatan concierge premium, termasuk servis ambil dan hantar terus dari rumah atau pejabat pelanggan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim, kenderaan terbabit adalah jenama yang diyakini dunia dan kini tiba di Malaysia pada masa yang tepat.
Beliau teruja untuk mengembangkan penawaran dalam pasaran jentera elektrik itu kerana Denza merupakan salah satu jenama kenderaan mewah terbaru yang memasuki negara ini.

“Keyakinan global terhadap jenama BYD semakin meningkat. Denza sebagai sub-jenama BYD berada pada kedudukan yang baik untuk menarik perhatian pemilik kenderaan premium dan mewah.
“Jenama Denza pula terserlah dengan inovasi teknologi dan cadangan nilai yang menarik. Pelancaran Denza Sisma Auto menjadikan pengalaman Denza dapat diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao menyifatkan kehadiran Denza sebagai langkah penting dalam menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh pengguna Malaysia yang inginkan kenderaan premium dan lestari.
“Pembukaan rasmi lima pengedar baharu DENZA menjadi bukti atas komitmen kami dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa, bahkan baru-baru ini kami sedang memperluaskan akses kepada mobiliti elektrik premium yang lebih peribadi, dipercayai dan mudah dicapai.

“BYD Malaysia akan terus memperluaskan rangkaian pengedar dan pusat servis kami bagi memastikan kenderaan elektrik berkualiti tinggi termasuk untuk pasaran umum dan premium mudah didapati bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin berkembang,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

