Kuasa AI dalam genggaman! TravelMate P6 14 AI tampil dengan rekaan ultra premium
ACER Malaysia tidak ketinggalan menawarkan komputer riba terbaharu, TravelMate P6 14 AI dengan prestasi kecerdasan buatan (AI) mencecah hingga 120 TOPS.
Tampil anggun dengan penutup atas gentian karbon tahan lasak, jenama itu turut memperkenalkan siri paparan Vero CB2 terkini yang direka khas untuk menyokong keselesaan mata.
ACER memberitahu, TravelMate P6 14 AI direka khas untuk golongan profesional yang memerlukan prestasi dan keselamatan dalam bentuk mudah alih.

“Ia bukan sahaja menggabungkan kuasa dan kemudahan dalam satu desain ringan, malah ia dilengkapi perlindungan keselamatan seperti penapis peranti USB, pacuan selamat tersendiri, fail terlindung dan kunci dinamik.
“Dengan berat bawah 1 kilogram, ciri tahan lasak dengan rangka aloi magnesium-aluminium itu mengikut piawaian gred tentera,” ujar label tersebut.

Berikut antara spesifikasi lain TravelMate P6 14 AI:
- Dikuasakan siri Intel Core Ultra 200V terkini dengan pilihan memori sistem LPDDR5X sehingga 32GB dan bateri berjangka hayat panjang 65Wh.
- Ciri AI seperti Acer PurifiedView dan Acer PurifiedVoice untuk mesyuarat video yang lebih baik.
- QuickPanel menawarkan akses segera kepada penetapan kamera dan mikrofon.

- Pilihan Edisi Intel Evo menjamin prestasi yang premium manakala pengalaman Copilot PC akan meningkatkan produktiviti yang dipacu AI.
- Teknologi Acer User Sensing menggunakan sensor AI berdasarkan penglihatan yang terbina dalam untuk mengesan orang berdasarkan jarak dan pergerakan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

