Hanya guna jam pintar ibu bapa boleh pantau keselamatan anak-anak

jam pintar
September 6, 2020
Oleh Izyan Liyana

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

KEPADA ibu bapa yang mementingkan komunikasi dan keselamatan anak-anak, cuba pertimbangkan untuk membeli Watch Phone Z5 atau Jam Pintar Z5 yang sudah mula dipasarkan sejak 22 Ogos lalu.

Teknologi itu adalah hasil inovasi imoo iaitu jenama global terkemuka peranti kanak-kanak.

Menurut imoo Malaysia, jam pintar yang menggunakan kamera sudut lebar 5MP itu membolehkan ibu bapa membuat panggilan video dan melihat persekitaran bagi memastikan keselamatan anak masing-masing.

"Ia membenarkan panggilan dua hala iaitu panggilan masuk dan keluar untuk memastikan ibu bapa dan anak-anak boleh bersembang.

Iklan

"Pilihan Mod Kelas pula membenarkan kanak-kanak melihat waktu dan membuat panggilan kecemasan sahaja bagi mengelakkan gangguan di dalam kelas," kata imoo Malaysia dalam satu kenyataan kepada SinarPlus baru-baru ini.

Bersifat kalis air, Jam Pintar Z5 membolehkan kanak-kanak berenang hingga kedalaman 20 meter.

Ciri-ciri keselamatan lain termasuk jawapan automatik selepas 10 saat, penolakan panggilan rambang, tetapan panggilan pintas dan banyak lagi.

Iklan

"Ketika imoo pertama kali melaksanakan rekaan produk, kami menekankan satu aspek penting iaitu ciri-ciri mesra kanak-kanak dan mudah digunakan seiring dengan gaya hidup si kecil yang aktif dan suka bermain-main," kata kenyataan itu lagi.

Ibu bapa boleh membeli Watch Phone Z5 melalu lebih 100 peniaga sah di seluruh Malaysia atau melalui platform e-dagang terkemuka seperti Lazada dan Shopee.

Watch Phone Z5 yang dijual pada harga RM699. Ia ditawarkan dalam warna merah jambu dan hijau.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan spesifikasi, sila layari https://www.imoo.com/my/