OPPO boleh dikatakan masih baru di dalam arena telefon pintar apabila dibandingkan dengan jenama telefon pintar lain seperti Samsung, Apple, Sony, dan HTC.

OPPO pada awalnya membangunkan peralatan elektronik seperti pemain MP3 dan mereka hanya memasuki pasaran telefon pintar pada tahun 2011.

Kini, OPPO sudah pun sedia dikenali sebagai sebuah jenama terkemuka di dunia malahan OPPO juga pernah dilaporkan berada pada kedudukan ‘Top 5’ untuk pegangan pasaran telefon pintar menurut International Data Corporation (IDC).

Bagi membawa jenama ini lebih dikenali, OPPO juga menggunakan strategi pengiklanan yang cukup agresif, dengan menaja beberapa rancangan TV utama seperti perlawanan bola sepak dan program realiti.

Ia sebuah langkah yang cukup bijak kerana rancangan seperti ini lebih dekat kepada pengguna bukan IT, sekaligus membuatkan orang ramai secara tidak langsung telah mengenali jenama ini.

OPPO juga kerap mengadakan pengiklanan tradisional seperti di TV dan di papan-papan tanda, yang juga masih efektif sehingga hari ini.

Tetapi apa yang menarik, mereka turut menjalinkan kerjasama bersama sejumlah artis popular dan kelab bola sepak untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap jenama OPPO ini.

Terbaharu, Oppo sekali lagi dilihat melangkah setapak ke hadapan apabila dilaporkan telah bekerjasama dengan salah seorang pemain bola sepak popular dunia yang merupakan penyerang kelab Liverpool, Mohamed Salah Ghaly.

Hasil kerjasam tersebut, OPPO telah meperkenalkan telefon pintar edisi terhad, iaitu Oppo Reno 4 Mo Salah Edition.

Iklan

Ya! Memang tak salah! Pastinya model tersebut bakal menjadi buruan oleh peminat tegar The Reds yang mana Reno 4 Mo edisi Salah itu juga hadir dengan warna rasmi kelab tersebut iaitu merah.

Telefon pintar baharu Salah diperkenalkan

Dari segi spesifikasi, ia menawarkan penawaran sama seperti Oppo Reno4, termasuk skrin 6.4-inci OELD, dijana cip Snapdragon 720G, sokongan pengecasan pantas 30W selain hadir dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB.

Iklan

Sementara itu, edisi Salah itu turut hadir dengan rekaan eksklusif yang menyertakan wajah dan tanda tangan pemain tersebut di belakang peranti.

Namun, menurut sumber, buat masa ini ia hanya diumumkan di pasaran Timur Tengah sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Edisi Salah ini akan ditawarkan pada peringkat global atau sebaliknya.

Sumber : Oppo