SAMSUNG melancarkan televisyen pintar terbaharu, Neo QLEAD 8K dengan ciri dwifungsi lebih keterhadapan untuk pasaran tempatan baru-baru ini.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, fitur baharu itu tidak hanya berfungsi sebagai televisyen pintar, malah boleh dijadikan sebagai monitor komputer peribadi dengan hanya menyambungkan dengan peranti sedia ada.

“Paparan skrin Neo QLEAD 8K yang lebih luas juga menjadikan pengalaman bermain permainan dalam talian lebih mengasyikan dengan ciri Super Ultrawide GameView.

Samsung Neo QLEAD 8K

“Nisbah paparan 21:9 dan 32:9, selain ciri Game Bar yang dinaik taraf berupaya mengoptimumkan permainan sekali gus memberikan kepuasan maksimum buat pemain,” kata jenama tersebut.

Menariknya, ciri multiview dengan paparan skrin empat dalam satu membolehkan pengguna memilih slot kegemaran dan mengemas kini dengan mudah.

Baca juga Samsung Bespoke pilihan peti sejuk moden, dapur nampak lebih futuristik dan menawan

Berikut spesifikasi lain Neo QLEAD 8K:

i) Didatangkan dengan pilihan saiz 65 hingga 85 inci dengan kualiti gambar sinematik yang dikuasakan dengan Quantum Matrix Technology Pro.

Samsung Neo QLEAD 8K

ii) Dilengkapi ciri Samsung Health dengan konten kecergasan dan meditasi.

Iklan

iii) Dilengkapi dengan Slim Fit Cam yang disambungkan terus ke kaca televisyen.

iv) Memiliki Neutral Quantum Processor 8K dengan ciri kecerdasan buatan menjadikan paparan lebih jelas.

Samsung Neo QLEAD 8K

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan