ORANG kata, lagi pelik nama sesuatu resipi, kelazatan akan lebih terserlah. Namun, pernyataan itu tidak boleh disokong seratus peratus. Ini kerana selera masing-masing tidak sama.
Di Terengganu, terdapat satu menu yang dipanggil bubur sanggupal. Bunyinya pelik, bukan?
Namun, kata seorang peniaga sajian berkenaan, Mira Syahiera Che Wan Harun, nama itu barangkali diinspirasikan daripada cara pembuatan bubur berkuah berkenaan.
“Kemungkinan besar namanya dipanggil sedemikian rupa kerana cara membuat kuih berkenaan yang memerlukan sagu digumpalkan menjadi bentuk bebola,” katanya yang juga merujuk kepada cakap-cakap orang zaman dulu kala.
Ujar Mira Syahiera lagi, cara menyebutnya juga berbeza. Ada sesetengah masyarakat di Pantai Timur terutamanya di Kelantan akan menyebutnya sebagai ‘sagupa’ atau ‘assa guppa’.
Anak kelahiran Jertih, Terengganu itu berkata, lazimnya beliau akan membuat bebola berintikan kacang hijau.
“Kuahnya pula seperti biasa menggunakan santan yang pekat dan ditambah dengan biji sagu,” katanya yang mempelajari sajian tradisional itu daripada neneknya sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Ibu kepada tiga orang anak itu memberitahu SinarPlus
, beliau masih mengekalkan cara lama untuk menyiapkan bubur berkenaan.“Biasanya, orang ramai akan menggunakan kaedah mengukus bebola sanggupal, tetapi saya memilih untuk menjirusnya dengan air panas yang menggelegak agar sagu kembang dengan cepat. Setelah itu, saya akan terus merendamnya ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Memang kena teliti kalau membuat menu ini,” tambah beliau.
Wanita itu turut berkongsi petua untuk mengelak bubur sanggupal menjadi hangit.
“Pastikan api perlahan sepanjang memasak kuah bubur. Ini disebabkan tekstur sagu mudah melekat dan liat. Selain itu, pastikan bebola sanggupal dialih secara perlahan-lahan agar ia tidak pecah,” tuturnya.
Sebekas bubur sanggupal yang manis dijual pada harga RM3 dengan lima biji sanggupal.
Beritahu Mira Syahiera, sehingga kini beliau menjadikan menu itu sebagai mata pencarian.
“Saya berniaga bubur ini sudah hampir sembilan tahun. Selain bubur , saya juga menjual aneka kerepek,” ujarnya.
PROFIL
RESIPI BUBUR SANGGUPAL
Bahan-bahan inti
Bahan-bahan sanggupal
Bahan-bahan kuah bubur
Cara penyediaan inti:
Cara penyediaan sanggupal:
Cara penyediaan kuah bubur:
Sumber: Mira Syahiera Che Wan Harun.
ANEKDOT
RESIPI EMPING PADI MUDA
Bahan-bahan
Cara penyediaan:
Sumber: cookpad.com/@cikgufaez
EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…
SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…
BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…
BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…
IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…
“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…