Telur sambal cili padi ringkas, sedap! Pasti menggoda

04
04
A
A
A

INGINKAN lauk enak kadang-kadang tak perlu masak yang susah, hidangan sambal telur saja pun sudah cukup menyelerakan.

Juadah yang ringkas tapi membangkitkan selera. Salah satunya adalah telur sambal cili padi ini sungguh menggoda!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Tak perlu susah-susah untuk merebus telurnya, hanya pecahkan dan masukkan dalam sambal yang ditumis.

Jimatkan masa. Sememangnya sedap dan menyelerakan!

Bahan-bahannya;

  • Telur
  • Garam, gula, sedikit asam jawa
  • Minyak untuk menumis

(Ditumbuk lumat atau dikisar)

  • Cili padi dan cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Belacan

Cuba juga Kari telur simple dan sedap bersama ubi kentang

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak.

2. Masukkan sedikit air dan bahan-bahan perasa.

Boleh cuba masak Ayam masak cili kering memukau, sedap tak terkata!

3. Jika sudah mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji.

4. Tunggu telur masak, tutup api dan siap!

Selamat mencuba!

Sumber: CikMar Jhd

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca