MENU telur sentiasa menjadi kegemaran ramai. Cara memasaknya juga sangat mudah dan paling pantas.

Biasanya kanak-kanak juga lebih suka memakan telur berbanding lauk lain seperti ayam, ikan atau daging.

Namun telur juga menjadi lauk sampingan untuk melengkapkan hidangan makan tengah hari ataupun malam.

Jika kebiasaan telur dimasak sambal, lemak, kari, kicap, acar atau sebagainya, apa kata kali ini cuba membuat telur sarang.

Telur sarang ini turut menjadi pilihan ramai selain daripada telur dadar. Bentuknya sama namun berbeza sedikit bahan yang digunakan.

Rasanya lebih sedap kerana telur sarang ini sangat rangup tetapi perlulah buat dengan cara yang betul.

Bahan-bahannya;

  • Telur sebiji
  • 2 setengah sudu besar air putih/paip
  • Garam sedikit
  • Minyak yang banyak

Telur sarang rangup, ini cara buat yang betul

Cara-cara membuatnya;

1. Panaskan kuali dengan api yang besar, tuang minyak yang banyak.

2. Kacau telur, masukkan air dan kacau lagi sampai berbuih-buih telurnya.

3. Kemudian tuangkan telur dalam minyak yang telah panas, tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur jatuh dengan tali halus dalam kuali dan merebak ke seluruh minyak.

Iklan

4. Tutup api atau kecilkan. Sila tunggu dengan sabar.

5. Bila sudah nampak garing di tepi, terbalikkan telur tersebut.

6. Terbalikkan lagi sekali bila sudah garing. Angkat dan toskan.

7. Jika tak suka telur garing sangat, boleh kurangkan masa masak.

Iklan

Cuba juga Rumit rupanya buat nasi ulam, guna lebih 15 jenis ulam-ulaman

Selamat mencuba!

Sumber: Alia Ismail