TEMPAHAN untuk model CR-V Serba Baharu Generasi Keenam sudah dibuka bermula semalam di kesemua 101 pengedar rasmi Honda seluruh negara.

Meskipun tarikh tepat belum didedahkan, namun Honda Malaysia dijangka akan mengumumkan pelancaran kenderaan sukan utiliti (SUV) tersebut menjelang Disember nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, model CR-V antara penyumbang tertinggi jualan dan sehingga kini, angka sudah mencecah lebih 129,000 unit sejak diperkenalkan pada tahun 2003.

CR-V mempunyai sejarah selama 20 tahun sebagai model Completely Knocked-Down (CKD) pertama yang dilancarkan di Melaka sekali gus memberi impak mendalam dalam industri automotif negara.

CR-V Serba Baharu

“Dengan pelancaran CR-V Serba Baharu tidak lama lagi, kami menjangkakan dominasi pasaran lebih meluas dan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Yoshimura, varian kebanggaan tersebut juga tampil dengan kejuruteraan yang lebih komprehensif sekali gus menjadi penanda aras baharu dalam segmen SUV bukan nasional.

Sebagai model flagship Honda Malaysia, CR-V Serba Baharu merupakan varian pertama yang dilengkapi e:HEV Powertrain dengan Hybrid Traction Motor yang dipertingkatkan.

Teknologi yang ditambah baik tersebut memberi kelebihan enjin berkuasa tinggi yang mampu menghasilkan tork sehingga 335Nm dan kuasa maksimum 184PS.

Lagi power apabila varian berkenaan ditambah dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan Elektrik (e:CVT) dengan framework baharu menjadikan prestasi pecutan lebih lancar.

CR-V Serba Baharu

Apa yang lebih menarik lagi, ia juga merupakan model pertama yang memiliki ciri keselamatan eksklusif iaitu Adaptive Driving Beam untuk varian e:HEV RS.

Lagi satu, reka bentuk aerodinamik dengan ciri Active Shutter Grille menjadikan model tersebut lebih cekap dari segi penggunaan bahan api. Erti kata lain, minyak lagi jimat dan berbaloi untuk perjalanan jauh!

CR-V Serba Baharu

Berikut spesifikasi lain CR-V Serba Baharu:
i) Active Shutter Grille mengawal aliran udara secara pintar dengan membuka dan menutup pengatup mengikut kelajuan, suhu enjin dan keperluan penyejukan.
ii) Sistem Honda Sensing dinaik taraf dengan radar, sensor kawalan brek berkelajuan rendah dan kamera sudut luas.

Iklan

Baca juga Wow! Honda City Baharu tawar 5 varian. Tampil dengan edisi Petrol & e:HEV RS

iii) Reka bentuk lebih mantap dengan gril hadapan bercorak mesh, lampu depan LED penuh dan lampu isyarat Sequential Turn.

CR-V Serba Baharu
iv) Roda aloi 18 inci Berlina Black menampilkan gaya moden.
v) Sistem AWD termaju yang meningkatkan pengagihan daya penggerak kepada keempat-empat roda.

Baca juga SUV mini Honda, WR-V Serba Baharu sesuai untuk yang single dan berkeluarga. Lebih kompak, lebih bergaya

vi) Pintu Belakang Kuasa Bebas Tangan dengan ciri Walkaway Close untuk akses mudah ke but dan penutupan automatik apabila berjalan pergi.

Iklan

CR-V Serba Baharu

Untuk kalian yang memandu uji atau menempah CR-V Serba Baharu, boleh berkunjung terus ke bilik pameran berhampiran atau memuat turun aplikasi Honda Touch atau layari www.honda.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang