BARU sahaja semalam, dunia telah kehilangan seorang pelakon popular Black Panther, Chadwick Boseman atau King T’chala.
Ramai yang pasti tertanya-tanya, sebenarnya siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?

Kanser usus merupakan kanser yang semakin menular dalam kalangan rakyat tempatan kerana boleh dikatakan ia merupakan ‘top 5’ dan umur pesakit yang didiagnos juga dijejaki semakin muda. Jadi, hari ini SinarPlus senaraikan beberapa punca kanser usus.
Antara yang baru diketahui puncanya adalah daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19 peratus untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari seperti hotdog atau sosej.

Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga mereka kurang memakan sayur.

Ketahuilah, 95 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!

Iklan

Begitu juga mereka yang bergelar perokok tegar. Memang risiko yang diketahui ramai.

Iklan

Jadi, kepada yang suka memakan makanan yang diproses dan daging merah, SinarPlus ingin mengingatkan berpada-padalah mengambilnya. Ingat juga, lebihkan memakan sayur dan buah iaitu lima hidangan setiap hari. Moga bermanfaat.

Sumber: Public Health Malaysia