Tidak perlu bimbang jika tersesat jalan di SMART

Tidak perlu bimbang jika tersesat jalan di SMART
Tidak perlu bimbang jika tersesat jalan di SMART
A
A
A

U MOBILE baru-baru ini bekerjasama dengan Waze dan Terowong SMART untuk menyediakan ketersambungan GPS bagi pemandu yang melalui terowong dwifungsi yang terpanjang di dunia itu.

Justeru, selepas ini, para pengguna yang melalui terowong itu tidak lagi perlu bimbang jika tersesat jalan atau tersilap susur keluar di kawasan tersebut dengan adanya peranti mudah alih Waze Beacons yang dipacu oleh Bluetooth. Peranti itu akan menjamin ketersambungan yang lancar dan navigasi berterusan walaupun isyarat GPS lemah.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkata, bagi menjamin navigasi yang berterusan di dalam terowong SMART, para pemandu hanya perlu mengaktifkan sambungan Bluetooth pada peranti mereka.

Setakat ini, hampir 240 Waze Beacons telah berjaya dipasang di sepanjang 5.2 kilometer terowong itu. Semua pengguna peranti mudah alih tanpa mengira penyedia perkhidmatan, boleh manfaatkan inovasi baharu itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca