Tidur atas lantai boleh menyebabkan masalah kesihatan? Ini penjelasan pakar

PERASAN tak, sejak kebelakangan ini, cuaca terutama di Lembah Klang adakalanya terlalu panas dan tiba-tiba sahaja hujan.

Kalau hujan, ramai yang tersenyum gembira kerana suhunya yang nyaman dan tidak perlu buka penghawa dingin pun.

Namun, kalau cuaca yang terlalu panas, kita bukan sahaja tidak berasa selesa, malah kadangkala boleh mengundang masalah kesihatan.

Satu tabiat yang biasa kita lihat, ramai sebenarnya yang suka duduk, malah tidur di atas lantai yang diperbuat daripada seramik, jubin dan lain-lain untuk menyejukkan badan.

Namun, adakah pendekatan itu boleh menyebabkan memberi impak kepada tubuh badan?

Iklan
Iklan

Pakar Paru-Paru dan Perunding Onkologi, Hospital Pirngadi Medan, Dr Mohammad Ramadhani Soeroso berkata, masih belum ada kajian yang mendedahkan bahayanya tidur atas lantai sepanjang malam.

“Namun, tidur di atas lantai boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan sekiranya lantai itu banyak kuman dan bakteria,” katanya kepada Kompas.

Tambah beliau, bakteria jenis Streptococcus pneumoniae yang terdapat di lantai boleh menyebabkan gangguan pada saluran pernafasan atau jangkitan paru-paru.

Sementara itu, Pakar Perubatan Dalaman, Dr Andi Khoemini Takdir Haruni turut senada dengan Dr Mohammad Ramadhani.

Ujarnya, cara berkenaan tidak akan menimbulkan penyakit secara langsung kecuali jika lantai itu kotor dan berdebu menyebabkan seseorang menghirup udara kotor itu.

Antara gejala seseorang mengalami alahan apabila terhidu habuk, menurut Dr Andi Khoemini adalah seperti berikut:

– Bersin berair
– Gatal
– Mata merah
– Batuk
– Bersin
– Kesukaran bernafas

SIAPA YANG TIDAK BOLEH TIDUR ATAS LANTAI?

Merujuk portal Healthline, tidak semua individu boleh tidur di atas lantai. Berikut merupakan golongan yang tidak digalakkan melakukan perkara itu:

i. Orang yang lebih tua.
– Apabila usia semakin meningkat, tulang akan menjadi lemah dan individu biasanya kehilangan banyak lemak.
– Oleh itu, tidur di atas lantai boleh meningkatkan risiko patah tulang atau berasa terlalu sejuk.

ii. Orang yang mudah merasa sejuk.
– Keadaan seperti anemia, diabetes jenis 2 dan hipotiroidisme boleh menyebabkan kesejukan yang keterlaluan jika tidur atas lantai.

iii. Kesukaran bergerak yang terhad.
– Sekiranya seseorang menghadapi masalah untuk duduk di atas lantai dan bangun semula. Sebaiknya, tidur di atas katil.
– Elakkan tidur di atas lantai sekiranya mempunyai masalah sendi seperti arthritis.

Baca juga Kronologi kejadian, bahaya tidur dalam kereta, remaja maut pendarahan paru-paru terhidu gas

Kalau anda tergolong dari mereka yang tidak digalakkan tidur di atas lantai, sebaiknya, cuba elakkan.

Apa kata lenakan diri di atas katil dan tempat-tempat lain yang bersesuaian. Kita mempunyai pilihan, bukan?

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Nur Suhaima Nordin

Published by
Nur Suhaima Nordin

Recent Posts

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

2 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

3 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

4 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

5 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

19 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

20 hours ago