PERHATIAN kepada para lelaki tiga nombor yang segmen Sihat Cantik kongsikan hari ini tidak merujuk pada jumlah isteri perlu dimiliki ya!

Sebaliknya, tiga nombor utama berkenaan berkait rapat dengan kesihatan diri dan ia wajar dititikberatkan untuk manfaat jangka masa panjang.

Jika nombor-nombor ‘bertuah’ ini diamalkan secara konsisten, maka hasilnya memberikan impak positif untuk kehidupan seharian.

Nombor tersebut ialah:

Nombor 5

tip cantik diet

Makan lima kali sehari dengan menikmati makanan sihat dan seimbang khususnya buah dan sayur-sayuran.

Elak sajian berminyak, berlemak, bergoreng dan bergaram demi kesihatan berpanjangan.

Nombor 37

Pastikan ukuran lilit pinggang berada di bawah 37 inci (94 sentimeter). Saiz pinggang yang lebih daripada nombor tersebut bimbang mengundang penyakit jantung, kanser dan diabetes.

tip diet jejaka

Iklan

Sekiranya, ukuran pinggang mencecah zon bahaya anda dinasihatkan mencuba pelan senaman empat minggu bagi membantu mengurangkan masalah lemak berlebihan.

Nombor 150

Setiap minggu peruntukan 150 minit untuk melakukan senaman seperti berjalan kaki atau 75 minit berlari.

tip cantik jejaka

Iklan

‘Mencuri‘ masa selama 30 minit bersenam selama lima hari seminggu salah satu cara terbaik meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

Kajian mendapati individu yang kerap bersenam dapat mengurangkan 35 peratus penyakit jantung dan 50 peratus risiko diabetes serta kanser usus.

Mudah bukan untuk menjaga kesihatan? Asalkan korang konsisten dengan tiga nombor terbabit.