Tiga pelajar universiti maut, ibu bapa terpaksa patah balik dari menunaikan umrah

No Image Caption
A
A
A

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita sedih iaitu tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) betul-betul depan universiti mereka.

Kejadian menyayat hati itu berlaku selepas waktu Maghrib kira-kira jam 7.20 malam, empat pelajar yang menaiki dua motosikal dirempuh seorang wanita lingkungan 40-an yang dikatakan tidak siuman.

No Image Caption

Hentaman yang kuat menyebabkan salah seorang daripada mangsa tercampak ke dalam longkang dan tiga lagi mangsa di atas jalan.

Lebih memilukan tiga mangsa yang berusia awal 20-an maut ditempat kejadian.Mangsa, Ku Adib Aizad Ku Azmi, Khairil Anuar Jamaluddin, dan Mohd Akhmal Tukirin merupakan pelajar jurusan Ijazah Perakaunan dan Perhotelan.

Manakala, seorang lagi iaitu Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan mengalami cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Dungun sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Lebih memilukan, ibu bapa kepada Ku Adib baharu sahaja berangkat mengerjakan umrah.

Adib merupakan anak kepada Pengarah Berita Berita Harian (BH), Hafizah Iszahanid. Pasangan itu kemudiannya mengambil keputusan pulang ke tanah air selepas menerima perkabaran duka tersebut.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pihak UiTM Terengganu sebelum itu memaklumkan, tiga jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Dungun, dan disolatkan di Masjid UiTM. Kemudian jenazah akan dibawa pulang ke kampung masing-masing di Ampang, Sungai Buloh dan Muar.

Siapa sangka, kegembiraan empat rakan keluar makan bersama akhirnya bertukar duka. Mangsa dikatakan baharu selesai makan malam di sebuah kedai makan berhampiran universiti dan mahu pulang ke kolej kediaman masing-masing.

Lebih mengundang rasa sedih, masing-masing baharu sahaja menjejakkan kaki di universiti pada seminggu dengan harapan menggenggam segulung ijazah namun ajalnya lebih awal tiba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang