Tinjau model kereta melalui VR Showroom sahaja. Menarik!

No Image Caption
A
A
A

WAPCAR yang merupakan hab kandungan automotif berlandaskan teknologi terkini memperkenalkan VR Showroom untuk rakyat Malaysia melihat model kereta terbaharu tanpa perlu hadir ke bilik pameran.

VR Showroom menerusi WapCar membolehkan pelanggan melihat luaran kereta secara 360 darjah dan menikmati pengalaman berada di ruang dalaman untuk meneroka kereta baharu di pasaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Kandungan WapCar, Hans Cheong berkata, pihaknya telah merekodkan lebih 1.3 juta pelawat ke WapCar pada Jun lalu.

“Lima model yang paling banyak dicari ialah Proton X50, Honda City, Perodua Bezza, Proton X70 dan Perodua Axia. Sementara, model yang mendapat lawatan harian tertinggi rata-ratanya daripada model mewah seperti BMW 5 Series. Ramai juga mencari informasi tentang Mitsubishi Xpander yang masih belum diumumkan,“ katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, ujar Hans, pihaknya turut memperkenalkan Dealer Geolocation yang membantu pembeli kereta mencari pengedar terdekat.

“Ciri ini dapat dijadikan penyelesaian sehenti bagi pembeli kereta untuk menghubungi pengedar, mendapat tawaran terkini dan membuat janji temu pandu uji dengan mudah,“ katanya.

Untuk rujukan lanjut boleh layari https://www.wapcar.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/wapcar.my/.    

PENULIS: MAZLINA ABDUL MAJID 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca