Susun baju ikut kategori, ini sebabnya..

A
A
A

ADAKAH korang pernah berdepan situasi sukar memilih pakaian ideal untuk digayakan pada majlis atau lokasi yang akan dikunjungi?

Walhal, di dalam gerobok peribadi terdapat busana pelbagai warna, corak dan konsep.

Justeru, apakah solusi terbaik untuk mengatasi masalah tersebut? Usah bimbang kerana Perunding Imej, Asnawi Mohd Yusof ada jawapannya.

Menurut beliau, bagi memudahkan sesi memilih pakaian individu digalakkan menyusun koleksi baju, seluar dan pelengkap gaya mengikut kesesuaian majlis.

FESYENASNAWI menyifatkan menyusun baju mengikut kategori membantu memudahkan individu memilih pakaian mengikut kesesuaian majlis dan lokasi dikunjungi.

Kategori baju kerja

Pakaian kategori tersebut merupakan baju yang dipakai setiap hari ke pejabat. Bagi mahasiswa pastikan baju disusun bersesuaian dan formal ketika menghadiri kuliah.

"Lazimnya, ia terdiri daripada kemeja, baju-T berkolar, seluar slack, blaus, baju kurung, blazer dan jaket.

"Oleh itu, susun koleksi baju berkenaan di satu ruang dalam almari. Sebaik-baiknya susun ia mengikut warna bermula daripada ton gelap hingga ton lembut," jelas beliau menerusi laman sosial Facebook peribadi @asnawiyusof.

Kategori pakaian santai

fesyen

Pakaian kategori ini pula terdiri daripada kemeja lengan pendek, baju-T kolar, baju leher bulat, seluar jean, khakis, jaket dan baju panas sweater.

Dalam bahagian ini, susun mengikut item seperti kemeja lengan pendek, kemudian disusuli baju-T kolar dan baju leher bulat.

Koleksi pakaian tema santai sesuai digayakan ketika keluar membeli-belah di gedung pilihan bersama teman ataupun famili.

Kategori busana perayaan

Selain digayakan pada hari raya misalnya, busana kategori tersebut juga cantik dan segak dipakai pada majlis keraian lain seperti majlis nikah, majlis pertunangan ataupun majlis cukur jambul.

Biasanya terdiri daripada baju Melayu, jubah, kain sampin dan baju kurung yang dihiasi taburan manik dan labuci.

Kategori baju sukan

sukan

Ia merupakan kelompok pakaian untuk bersenam , jogging, beriadah ataupun menyertai aktiviti gotong- royong.

Antaranya seluar sukan dan baju sukan dryfit leher bulat. Justeru, disarankan baju itu dilipat dan disimpan di dalam almari.

Kategori baju rumah

"Pakaian kumpulan ini juga boleh dilipat dan disimpan di dalam almari.

"Selain kain pelikat, pakaian baju rumah juga terdiri daripada seluar pelikat, set baju tidur licin, seluar pendek atau baju kelawar."

fesyen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca