Kenali 3 petanda kulit wajah sensitif, elak pilih salah produk

A
A
A

BAIK golongan wanita mahupun lelaki, anda dinasihatkan supaya tidak memicit jerawat.

Menurut Pakar Dermatologi dari Islamabad, Dr Shumaila Khan, amalan memicit jerawat adalah tidak sihat sekali gus memudaratkan kulit wajah.

"Jangan sesekali 'mengganggu' pertumbuhan jerawat dengan memicitnya menggunakan jari.

"Bakteria yang terdapat pada jari-jemari akan masuk ke dalam lapisan kulit lalu menyebabkan kemerahan, parut dan keradangan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perbuatan sedemikian sebaik-baiknya dielakkan terutamanya dalam kalangan mereka yang memiliki kulit wajah jenis sensitif.

tip cantikELAK mengganggu pertumbuhan jerawat menggunakan jari kerana bimbang bakterianya masuk ke dalam lapisan kulit wajah lalu menyebabkan kemerahan.

Bagaimana untuk mengenali sama ada korang mempunyai masalah kulit wajah sensitif ataupun tidak?

Sihat Cantik kali ini berkongsi tiga petanda utama kulit sensitif iaitu:

1- Kulit wajah merah

Lazimnya, individu yang memiliki masalah tersebut kerap mengalami kemerahan dan pedih pada permukaan kulit wajah seperti bahagian pipi, dahi dan dagu.

Puncanya hadir dalam pelbagai aspek antaranya kulit wajah selalu terdedah pada cahaya matahari, salah guna produk atau pemilihan makanan yang kurang sesuai.

2- Kulit tindak balas

Jika korang mendapati kulit wajah mudah mengelupas selepas mengoles krim atau mengaplikasi pembersih wajah, itu bermakna produk yang digunakan adalah tidak bersesuaian.

tip cantikPASTIKAN produk wajah yang digunakan bersesuaian dengan jenis kulit wajah.

Berkemungkinan kandungan bahan seperti alpha hydroxy acid, salicylic acid dan glycolic acid dalam produk berkenaan menyebabkan kulit wajah bertindak balas.

Lebih memudaratkan, sekiranya rangkaian produk wajah itu mengandungi pewangi yang tidak ideal kondisi kulit sensitif.

3- Kegatalan

Kulit kering dan kegatalan juga salah satu kriteria kulit wajah sensitif. Bagi mengatasi masalah tersebut pastikan permukaan wajah sentiasa dilapisi krim pelembap dan serum yang membantu meningkatkan tahap kelembapan.

Jangan menggaru wajah menggunakan jari kerana ia akan menyebabkan iritasi dan keradangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca