Tip lilitan tudung elak pipi tembam, dagu berlapis jelas kelihatan. Oh! ini rahsianya....

A
A
A

Bersama Perunding Imej dan Penata Gaya Hijab,

Azlia Idha

SOALAN

SAYA bertubuh langsing tetapi memiliki bentuk wajah bulat. Justeru, gaya tudung yang bagaimana sesuai digayakan supaya wajah kelihatan bujur?

-SHARA ALIZA KARIM, 25, KOTA BHARU, KELANTAN

JAWAPAN

TIDAK dinafikan, majoriti wanita beranggapan apabila memiliki tubuh badan kurus, maka secara automatik wajah juga bujur sireh. Persepsi sedemikian tidak tepat.

Secara asasnya, golongan wanita mempunyai sembilan bentuk wajah utama antaranya bulat, bersegi, bujur dan bentuk hati. Di Asia misalnya, kebanyakan muka kaum Hawa berbentuk bulat yang mana ukuran tinggi dan lebar muka lebih kurang sama.

tuudung

Selain itu, wanita Asia tidak mempunyai rahang sehingga kadangkala menyebabkan pipi tembam dan dagu berlapis jelas kelihatan terutamanya ketika menggayakan stail tudung yang kurang sesuai.

Justeru, bagi membantu menyelesaikan masalah Shara Aliza atau kaum Hawa yang mengimpikan wajah nampak bujur menerusi segmen Sihat Cantik minggu ini, saya kongsikan tip dan gaya ideal.

Pertama, sebelum melilit selendang warna kegemaran pilih anak tudung yang tepat dan selesa. Pastikan awning anak tudung tersebut panjangnya melebihi tulang pipi supaya pipi tembam dapat disembunyikan.

Kemudian, lilit selendang dengan menutupi bahagian tepi pipi dan dagu berlapis termasuk muncungkan bibir tudung bagi memudahkan anda mendapatkan efek wajah bujur dan tirus.

tudungAZLIA menunjukkan lilitan tudung seumpama ini membantu menutup masalah pipi tembam dan dagu berlapis.

Selain itu, untuk memastikan stail tudung berkenaan kekal dalam tempoh lama, maka semat beberapa jarum peniti pada bahagian tertentu seperti atas kepala dan tepi telinga.

Langkah ini harus dititikberatkan sekiranya anda memilih hijab material licin.

Selama mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca