Tip masak mi goreng sedap & padu, kena ikut cara tumis macam ini

BAGI yang selalu berdepan dengan masalah bila memasak mi goreng, ini yang perlu anda tahu.

Rupanya ada teknik untuk memasak mi goreng supaya lebih sedap dan padu.

Jika menggunakan cara ini, mi goreng dijamin akan terasa lain dari biasa!

Ini perkongsian seorang wanita dikenali Cik Eyta, dikatakan telah dipelajari dari mendiang mertuanya yang berbangsa Tionghoa atau Cina.

Menurutnya, bawang putih perlu dicincang halus dan digoreng sehingga garing dan kekuningan. Kemudian, baru boleh masukkan bahan seafood atau rencah yang disukai.

TIP MI GORENG LEBIH SEDAP

Bahan-bahannya;

Cuba juga Campak-campak siap! Senang sungguh buat mi goreng daging meletop ni rugi tak cuba

Cara membuatnya;

1. Pertama sekali, bawang putih perlu dicincang halus dan ditumis sehingga garing dan kekuningan.

2. Apabila bawang putih sudah menjadi garing dan kekuningan, baru masukkan bahan seafood atau rencah yang disukai.

Iklan

3. Apabila air seafood sudah kering, masukkan cili kisar dan bawang merah kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan segala jenis kicap yang disukai.

5. Seterusnya, masukkan mi kuning yang sudah dicuci bersih serta sayur-sayuran yang anda sukai. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Cik Eyta

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!