Tip mudah buang lapisan lemak dalam sup daging, guna ‘senduk sejuk’ jer. Boleh guna buang minyak lebihan dalam sambal juga!

Tip mudah buang lapisan lemak dalam sup daging, guna ‘senduk sejuk’ jer. Boleh guna buang minyak lebihan dalam sambal juga!

SETIAP kali kedatangan Hari Raya Aidiladha, pastinya menu sup tulang atau sup daging wajib ada atau dihidangkan buat tetamu.

Memang menyelerakan apabila dapat hirup kuah sup daging atau  yang panas-panas, kan? Hilang segala diet ketika itu.

Walaupun sedap, namun masakan yang berlemak sebegini tidak elok untuk kesihatan. Faham-faham je lah, lebih-lebih lagi bab kolestrol. Waktu makan memang tak ingat, selepas itu barulah rasa menyesal!

Iklan
Iklan

Demikian lah setiap kali kedatangan Hari Raya Aidiladha, pastinya menu sup tulang atau sup daging wajib ada atau dihidangkan buat tetamu.

Baca ni Tip mudah nak defrost daging kisar tanpa ambil masa lama. Simpan jer guna ice tray. Jimat masa!

Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan anda makan banyak lemak terutama dalam sup tersebut.

Perkongsian tip itu dimuat naik oleh Hani Mynis menerusi laman Facebook miliknya.

“Hari ini, alhamdulillah ibu buatkan sup tulang. Alang-alang tu jom saya kongsikan bagaimana cara mahu membuang lemak atau minyak daging dalam sup tu.

“Inilah caranya yang paling mudah untuk dicuba. Selain minyak daging atau lemak sup, kalian juga boleh menggunakan kaedah ini untuk buang minyak lebihan dalam sambal,” ujar Hani.

Berikut dikongsikan cara buang lemak daging dalam sup:

– Sediakan satu senduk besi, aluminium atau stainless steel.

– Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit pun sudah memadai).

– Lalukan senduk (bahagian bawah) kepada bahagian atas sup (pastikan sup sudah sejuk sikit, bukan ketika panas-panas). Lakukan dengan cara membulat.

– Buang hasil minyak yang membeku. Siap.

Sinarplus tertarik dengan tip yang dikongsikan Hani.

Baca ni Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

Cara itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah lemak yang melekat pada pinggan atau periuk. Penat juga nak menyental kalau lemak-lemak sudah mulai melekat, kan!

Baca ni Cara repair peti ais tak sejuk bermodalkan RM12 jer. Lelaki ini kongsi tip mudah & menjadi!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Hani Mynis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan. 

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

6 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

7 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

22 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

22 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

23 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

23 hours ago