MAJORITI wanita pasti berdepan situasi sama setiap hari yang mana bingung memikirkan pakaian untuk digayakan.

Buka sahaja almari, ayat yang pantas terpacul, ‘alamak tiada baju nak pakai la!’

Walhal, di dalam gerobok itu bersusun koleksi busana variasi rona dan rekaan.

Justeru, bagi membantu golongan wanita keluar daripada dilema ‘tiada baju’, Perunding Imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin (gambar kecil) berkongsi tip suai dan padan.

fesyen

“Tip mix and match ini bertujuan memberi idea bahawa sebenarnya banyak baju dan seluar sepadan untuk digayakan,” katanya berkongsi tip menerusi laman sosial Facebook.

Antara tip tersebut ialah:

fesyen

1. Susun baju, seluar dan tudung mengikut warna. Sebagai contoh baju rona putih, kelabu, biru manakala seluar pula putih dan hitam.

Tudung disusun biru muda dan biru pekat serta warna-warna seterusnya.

Iklan

2. Padankan baju A dengan seluar A seperti baju warna putih bercorak bunga dengan seluar nuansa hitam.

3. Kemudian, baju putih ‘tuck in’ dan dipadankan pula bersama jaket lengan panjang atau jaket labuh.

4. Bagi wanita bertudung, praktik konsep suai dan padan pakaian berkenaan dengan hijab mengikut warna corak bunga atau warna asas baju.

Iklan

5. Sebelum keluar rumah, jangan lupa sempurnakan penampilan dengan kasut sneakers.

fesyen

Mudah bukan? mungkin dalam tempoh beberapa minit anda tampil menawan bak selebriti tempatan. Selamat mencuba!