'Bahaya sendal bantal, biar anak menyusu sendiri guna botol'
BANYAK kedengaran kes-kes bayi yang tersedak susu yang menemui ajal bukan?
Ironinya, kadang ibu bapa tinggalkan anak sekejap saja, tapi kejadian itu berlaku panas hingga tidak sempat berbuat apa-apa.
Ada kes bayi yang baru dihantar kepada pengasuh juga mengalami nasib sama.
Betapa ramai ibu bapa yang risau...
Pegawai Perubatan Bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari mengingatkan golongan ibu bapa tentang hal seumpamanya.
Menurut beliau bayi tidak seharusnya dibiarkan menyusu sendiri.
"Sempit sangat rasa dada ni bila teringatkan kes-kes bayi tersedak susu. Kebanyakannya berlaku kat baby yang umurnya bawah 6 bulan.
Kadang tu ada pengasuh atau parent yang cuai, dia biarkan je baby pegang botol sendiri dan teguk susu tu sampailah tertidur. Lebih dasyat, ada jugak yang selamba pergi sendal botol tu kat bantal dan pergi buat kerja lain.
Akhirnya susu tu menitik masuk berterusan hingga penuh kembung mulut bayi tu. Sekali dia tarik nafas, terus tersedak sebab susu tadi tu termasuk ke paru-paru dia. Sedar-sedar je dah membiru seorang diri kat dalam buaian," kongsi beliau di Facebooknya baru-baru ini.
Menurutnya disebabkan itu terlalu penting supaya pantau dan duduk dengan anak tiap kali dia menyusu.
Sebaik selepas menyusu, paling bagus pesannya agar terus sendawakan dulu si kecil tu.
Paling tak pun posisikan sekejap badannya dalam keadaan mengiring. Kalau termuntah, tak adalah baby itu tersedak, sebab nanti ia terus mengalir keluar dari mulut.
Jangan main sumbat susu
Pesan beliau lagi, jika bayi menangis, jangan kelam kabut hendak menyumbat susu sahaja!
"Periksa jugak mungkin ada keperluan fisiologi lain yang kita belum penuhi. Mungkin pampers dah penuh, boleh jadi dia dah mengantuk sangat.
Risau benar kalau ter overfeeding sampai buatkan perut si kecil tu penuh sangat. Akhirnya nanti tak pasal-pasal dia termuntah dan tersedak.
Cek jugak pengasuh yang jaga anak kita tu. Tak nak lah tersilap serahkan anak kita kat pengasuh yang sembarangan," katanya.
Pesan Dr Luqman lagi, jika diikutkan guideline JKM, seorang pengasuh sepatutnya paling ramai pun hanya boleh mengasuh tiga orang saja kanak-kanak yang berusia bawah setahun.
"Kalau lebih dari 3 orang, risiko terlepas pandang tu akan jadi sangat-sangat tinggi.
Itu yang anak kecil tersedak sampaikan badan dah keras kaku pun pengasuh kita tak perasan!
Tolong sebarkan ilmu penting ni terutamanya dengan pasangan yang baru nak terima cahaya mata. Sedih sangat kalau benda tak elok ni berlaku kat bayi kita sendiri,"pesan Dr Luqman.
Moga ibu bapa yang mempunyai anak kecil usia enam bulan ke bawah lebih berhati-hati ya. -AG #janganputusasamalaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang