BERSAMA Doktor Gigi di Avisienna Dental Care, Dr Siti Syazwani Fickry

(Beliau diundang menjadi panel dalam program DNA yang membicarakan topik Bahana Fake Braces! Bukan Fesyen Atau Trend baru-baru ini)

pendakap gigi tiruan
SOALAN 1

DOKTOR, terdapat laporan akhbar yang mengatakan pendakap gigi tiruan terkandung bahan kimia berbahaya seperti plumbum. Justeru, apakah implikasinya kepada kesihatan? Adakah ia sampai peringkat boleh meragut nyawa seseorang?

JAWAPAN:

Pertama sekali, apabila kita tidak tahu daripada sumber mana mereka membeli barangan untuk pemakaian pendakap gigi, sudah pastinya kandungan penghasilannya diragui.

Tidak dapat dinafikan, besi yang digunakan mengandungi plumbum (di dalamnya) sehingga boleh mendatangkan kesan kepada pengguna.

pendakap gigi tiruan

Bagaimanapun, secara umum, terdapat satu kebimbangan dalam kalangan para doktor bertauliah dan pengamal pergigian. Tidak lain tidak bukan adalah tahap kebersihan dan keselamatan barang-barang yang digunakan itu.

Penting untuk orang ramai tahu, selepas proses pemasangan dibuat, keseluruhan kawasan di dalam mulut akan dicuci dan disteril dengan mesin khas. Alat itu (mesin) juga perlu memiliki lesen yang dibenarkan.

Jika seseorang individu bertindak mendapatkan khidmat daripada doktor yang tidak bertauliah atau melakukannya sendiri, mereka tidak akan melalui teknik dan proses pembersihan seperti yang dilakukan oleh pengamal perubatan yang sebenar.

Lebih merisaukan, peralatan yang sama mungkin digunakan ke atas pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit seperti virus kurang imun (HIV) dan hepatitis B.

Oleh itu, apabila alatan tidak dibersihkan secara betul, ia mempunyai kebarangkalian untuk kuman-kuman atau bakteria kekal berada pada instrumen-instrumen tersebut.

Baca juga Risiko jangkitan HIV, akibat fake veneer. Jangan percaya penunggang kecantikan

Mengenai risiko sehingga meragut nyawa, sehingga kini masih belum direkodkan, melainkan terdapat jangkitan tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.

Semua alatan pendakap gigi perlu lesen khas yang diiktiraf

pendakap gigi tiruan

SOALAN 2

DOKTOR, populariti pemakaian pendakap gigi telah menyebabkan munculnya pelbagai jenis pendakap tiruan. Bukan satu rahsia lagi, isu ini telah banyak dilaporkan di media. Jadi, boleh doktor terangkan apakah maksud pendakap gigi tiruan (fake braces) dan benarkah ia banyak dipasang oleh pengamal yang tidak bertauliah di beberapa klinik swasta di negara ini?

JAWAPAN:

Penting untuk diketahui, setiap pengamal pergigian memerlukan Sijil Pengamalan Tahunan yang perlu diperbaharui dan mereka juga wajib memenuhi beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Iklan

Kalau diikutkan memang terdapat banyak kes pemasangan pendakap gigi tiruan di hotel-hotel atau di rumah-rumah tertentu. Kebanyakan mereka yang melakukan kerja ini hanya mempelajari teknik-tekniknya melalui laman YouTube.

pendakap gigi tiruan

Selain itu, dari segi alatan seperti pendakap juga, ia boleh dibeli secara dalam talian dengan mudah.

Ingin saya tegaskan di sini, orang ramai sama sekali ditegah memakai pendakap gigi secara sendiri atau merujuk individu yang tidak bertauliah.

Iklan

Mengapa? Ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan barang-barang yang digunakan termasuklah kondisi penghasilan alatan berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kelazimannya, para pembekal yang menawarkan perkhidmatan keperluan pendakap gigi memerlukan lesen khas yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa badan-badan bertanggungjawab lain yang terlibat.

Sudah pasti, setiap barang atau bekalan yang dibekalkan terjamin kebersihannya dan selamat untuk digunakan, berbanding yang diambil daripada sumber yang tidak dikenal pasti.

pendakap gigi tiruan
IMBAS kod QR ini untuk menonton video penuh.

Oleh SITI FARAH ELIANI SOLLEH