UNIQLO lancar koleksi terbaharu Hana Tajima, turut tampil kolaboratif bersama empat Muzim Dunia

A
A
A

PEREKA fesyen kelahiran United Kingdom, Hana Tajima, sekali lagi bekerjasama dengan UNIQLO dengan menampilkan rekaan yang sopan buat muslimah menerusi koleksi musim luruh dan sejuk 2022, Hana Tajima For UNIQLO 2022.

Mengetengahkan konsep LifeWear, tumpuan UNIQLO kali ini adalah kepada pakaian harian yang menggabungkan fungsi dan fesyen yang luar biasa.

Justeru, sentuhan elegan daripada Hana Tajima diharap mampu terus memikat kaum wanita di seluruh dunia.

Barisan koleksi baharu yang dihasilkan itu juga menampilkan gaya yang ringkas, namun ikonik.

Mula dilancarkan pada 2 September yang lalu, setiap busana dihasilkan dengan reka bentuk yang elegan, menyerlahkan kecantikan dan keperibadian setiap pemakai.

Tiga jenis material utama menjadi pilihan iaitu rayon dan lyocell yang lembut dan berbulu berserta satin berkilat dan flanel hangat.

Mengulas lanjut mengenai koleksi terbaru ini, Hana Tajima berkata, untuk menggayakan pakaian, ia bermula dengan seseorang bertanya kepada diri sendiri bagaimana perasaan yang sedang dilalui.

"Setiap pakaian mempunyai penampilan tersendiri. Ia menyatakan sebahagian daripada keperibadian kita, membolehkan kita menjadi orang yang kita ingini," ujarnya dalam satu kenyataan.

KOLEKSI BERSAMA MUZIUM DUNIA

Sementara itu, buat peminat kemeja-T, anda pasti tertarik dengan koleksi terbaharu UNIQLO UT Muzium Dunia yang dilancarkan pada 26 september lalu.

Menerusi koleksi tersebut, UNIQLO menjalin kerjasama dengan The Museum of Modern Art di New York City, Amerika Syarikat (AS); Tate Modern, London, United Kingdom; Musée du Louvre di Paris dan Muzium Seni Halus, Boston, AS.

Desainnya menonjolkan bahagian luar ikonik setiap institusi dengan piramid di latar hadapan Louvre dan garisan ringkas Muzium Seni Moden.

Apa yang menarik perhatian, cetakan bergaya pada lengan kiri setiap item menyerlahkan keperibadian individualiti pemakai.

Dijual pada harga RM59.90 dan orang ramai kini boleh mendapatkan semua item di outlet UNIQLO di seluruh Malaysia atau pembelian online boleh dilakukan di laman rasmi uniqlo.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca