• 20dB  sediakan inovasi canggih bantu mereka yang menghadapi masalah pendengaran

PROSES komunikasi yang berkesan begitu signifikan dalam memastikan setiap pandangan dan perasaan yang diutarakan dapat disampaikan dengan berkesan.

Pun demikian, pada musim Covid-19, normal baharu menyaksikan pemakaian pelitup muka diwajibkan ke atas semua individu dan pendekatan itu dijangka berterusan dalam tempoh yang lama.

Situasi itu sekali gus akan menyaksikan gerak bibir seseorang tidak dapat dilihat, malah suara menjadi perlahan dan tidak jelas. Hal itu secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap proses komunikasi terutama bagi golongan yang mempunyai masalah pendengaran.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan golongan yang berdepan dengan masalah pendengaran menghadapi kesukaran mendengar lebih jelas apabila orang lain memakai topeng muka ketika bercakap.

Sehubungan itu, 20dB Hearing yang prihatin dengan hal itu mengambil inisiatif memperkenalkan alat bantu pendengaran dari Kanada bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Unitron Discover Next Series merupakan satu-satunya alat bantu pendengaran yang mempunyai teknologi untuk mendengar lebih jelas dan kuat walaupun menggunakan pelitup muka.

Alat itu sesuai digunakan untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana atau teruk. Teknologi itu juga akan membantu mengenal pasti dan menguatkan bunyi yang disekat oleh topeng muka ketika berkomunikasi dalam suasana senyap dan bising.

Seiring dengan norma baharu yang memerlukan penjarakkan fizikal termasuk mengadakan sesi pertemuan dalam talian, alat tersebut antara lain menyediakan teknologi canggih iaitu menyambung terus dengan peranti elektronik melalui sistem Bluetooth.

Justeru, pemakai boleh mendengar dan menghadiri sebarang aktiviti secara dalam talian tanpa gangguan.

Unitron Discover Next Series disertakan dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik untuk kegunaan situasi kompleks seperti perjumpaan, persidangan, kelas atau ketika menonton televisyen.

Kredibiliti Unitron memang tidak boleh disangkal apabila memenangi Anugerah Reddot 2020 bagi kategori Reka Bentuk baru-baru ini.

Desainnya cukup unik dan kecil. Reka bentuk Unitron juga dibangunkan dengan teknologi canggih dengan nilai IP 68 iaitu tahan debu dan kalis kelembapan.

Iklan

Untuk merasai sendiri kelebihan Unitron Discover Next Series, kunjungi 20dB Hearing yang berdekatan dengan anda.

20dB Hearing mempunyai 25 cawangan dan lebih 40 orang audiologis bertauliah di seluruh Malaysia.

Iklan

20dB Hearing menyediakan khidmat membawa pulang alat selama 20 hari dan saringan ujian pendengaran percuma kepada golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Sebagai tambah nilai, pembaca berpeluang memiliki baucar bernilai hingga RM1,000 dengan setiap pembelian alat bantu pendengaran di pusat 20dB Hearing dan miliki hadiah misteri dengan hanya mendaftar di cawangan 20dB Hearing berdekatan anda.

Selain itu, pembaca juga berpeluang memenangi cabutan bertuah sepasang alat bantu dengar (Unitron Discover) bernilai RM9,900.

KUNJUNGI cawangan 20dB Hearing berdekatan anda untuk dapatkan alat Unitron Discover Next Series.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 1800 88 2032 atau WhatsApp ke 012 942 7729. Untuk info lebih lanjut, layari www.20dbhearing.com atau melalui media sosial Facebook dan Instagram 20dB Hearing. Rebut peluang keemasan ini!