“UNTUNGNYA bergelar anak pereka fesyen terkenal.”

Demikian pujian yang diberikan warga maya buat si kecil, Rizqaa Rizman yang kini sudah berusia dua tahun.

Berbanding tahun lepas, tema pastel dan klasik Inggeris menjadi pilihan Rizman dan isteri, Nurida Suraya semasa sambutan hari jadi anak sulung mereka.

Kali ini, kedua-duanya sepakat untuk memilih tema Barbie pula.

Menariknya, dekorasi untuk majlis tersebut berkonsepkan ala istana dengan tema merah jambu melatari setiap ruang.

PEREKA TERKENAL

Lebih istimewa lagi, dres kembang dengan rona merah jambu adalah ilham dan sentuhan magis si ayah yang juga pereka terkenal bagi jenama Rizman Ruzaini.

Siapa yang tidak kenal label itu kan?

Dilahirkan pada 2 September 2020, Rizqaa tampak begitu manis dan comel sekali tatkala menggayakan busana tersebut yang tampak simple, tetapi tetap elegan itu.

Apatah lagi mereka sekeluarga tampil sedondon dengan rona yang sama pada hari tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Rizman memuat naik beberapa keping foto majlis sambutan hari lahir puteri kesayangannya itu.

“Sambutan hari lahir untuk puteriku, Rizqaa memakai A Couture by Dadi #rizqaaturn2,” tulis Rizman menerusi kapsyennya.

CAHAYA MATA SULUNG

Iklan

Sementara itu, Nurida Suraya turut meluahkan rasa syukur dan menitipkan ucapan buat buah hati pengarang jantungnya itu.

“Selamat hari lahir buat baby Rizqaa. Kami menyayangi anda lebih daripada yang anda tahu,” ujarnya.

Untuk rekod, Rizman berkahwin dengan Nurida Suraya pada 13 September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan yang diibaratkan bagai pinang dibelah dua itu dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa.

Iklan

Sumber: Instagram Rizman.n & Nuridasuraya

Baca lagi ‘Daripada saiz kecil, jadi baju paling besar.’ Wanita ini kongsi perubahan Zizi Kirana buat ramai tersentuh hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan