BANYAK makan daging korban raya Aidiladha baru ni? Jangan lupa untuk tetap banyakkan makan sayur-sayuran juga ya. Selain menambah nutrisi, ia juga bagi membantu melancarkan sistem ‘pembuangan’ kita nanti.

Bosan makan sayuran biasa? Apa kata cuba resipi sayuran ‘salad’ yang agak rare ini.

Dinamakan urap yang dalam bahasa Jawa bermaksud hidangan salad berupa sayuran yang dimasak (direbus) yang dicampur kelapa parut yang boleh digaul dengan perasa, cubalah bikin menu sayur unik ini.

“Resipi URAP sayur taugeh dan kacang panjang. Lama betul tak makan, nasib masih ingat bahan-bahan dia ….” kongsi tuan punya resipi.

Artikel berkaitan: 5 juadah tradisi negeri Selangor patut dicuba, terpilih destinasi gastronomi Malaysia

Resipi URAP sayur taugeh dan kacang panjang

Bahan-bahannya:

2 gelas kelapa parut putih
Belacan sebesar ibu jari
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 biji lada merah besar(yang fresh)
6 biji lada padi(kalau nak pedas boleh tambah)
1 sudu besar asam jawa
Cekur sebesar ibu jari dua  biji
2 helai daun cekur di hiris2 halus(optional)
Garam, gula dan Aji.

Cara-caranya:

Kupas bawang merah, bawang putih. Belah empat.
Kikis kulit cekur dan potong-potong tebal.
Lada besar hiris, buang biji dia.

Panaskan kuali, letakkan sikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, lada besar, cekur dan belacan hingga layu. Angkat dan toskan.

Asam jawa rendam dengan 1 gelas air dan asingkan biji.

Sediakan blender. Masukkan kesemua bahan goreng berserta air asam jawa. Kisar sehingga halus.

Iklan

Panaskan kuali dan masukkan kesemua bahan blender dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih dalam 10 minit, masukkan gula, garam dan Ajinomoto (optional). Tak letak pun boleh.  Selepas itu masukkan kelapa putih tadi, kacau-kacau sehingga kering dan api jangan kuat. Setelah kering angkat dan ketepikan.

Bahan sayur:

1 bungkus sayur taugeh
1 ikat kacang panjang

Iklan

Panaskan air dalam periuk, simpan sikit minyak makan. Masukkan sayur kacang, celur hingga masak. Setelah masak angkat dan toskan. Selepas itu baru celur lagi togeh (jangan lama) celur kira-kira 5 minit saja terus angkat..

Masukkan sayur celur yang dah tos tadi dalam satu bekas. Masukkan kelapa goreng tadi dan gaul guna penyepit kueh atau garpu. Gaul hingga bercampur semua. Kalau tawar tambah sikit garam dan gula. Rasa dia mesti ada manis-manis masin sikit.

#BIKMM
Kredit: Dyzah Sulaiman

Selamat mencuba!