[VIDEO] Gemuk tak semestinya perut besar, pakar bedah bariatrik rungkai kekeliruan
KATA orang, perut menjadi lubuk penyakit. Kesihatan manusia sebenarnya amat berkait rapat dengan pemakanan.
Walaupun bertubuh kecil, jika mempunyai saiz perut yang besar, individu itu lebih terdedah kepada pelbagai risiko penyakit.
Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher atau mesra dengan panggilan Pak Long membandingkan saiz perut milik tiga individu.
Katannya, kebanyakan kes pesakit yang dikendalikannya membuktikan saiz kantung perut tidak dapat diukur dengan saiz fizikal seseorang.
Dalam video yang dimuatnaik ke laman sosial Instagram, perut milik pesakit paling kecil seberat 101 kilogram (kg) ternyata lebih besar.
Bahkan pesakit itu juga didakwa menghidap beberapa penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit hati berlemak dan gangguan tidur, Obstructive Sleep Apnea (OSA).
Manakala dua lagi mempunyai berat badan 111kg dan 114kg hanya menghidap penyakit hati berlemak dan OSA.
Baca juga: Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran
“Hari ni Pak Long nak bahaskan satu topik yang menarik. Siapa kata orang gemuk ‘tangki’ besar?
“Ramai pesakit Pak Long yang mempunyai stigma, makin besar badan seseorang itu makin luas dan besarlah kantung perut mereka. Sebab tu mereka boleh mengambil kuantiti makanan dengan sangat banyak, kerana ruang dalam perut yang besar.
“Dengar macam logik akal tapi ini fakta yang kita perlu tahu! Mungkin penjelasan seumpama ini tidak pernah dijelaskan.
“Sebagai doktor Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, banyak kes yang melibatkan pesakit Pak Long membuktikan saiz kantung perut tidak boleh diukur melalui saiz fizikal.
“Ini kerana ada di antara pesakit Pak Long yang boleh dikategorikan sebagai bersaiz sederhana tetapi mempunyai kantung perut yang lebih besar, selain berpenyakit.
“Manakala pasakit yang melebihi 100kg, namun saiz perut mereka lebih kecil selain kurang mempunyai komplikasi dalaman.
“Sebagai contoh dalam video, pesakit yang paling ringan bukan saja mempunyai perut paling besar akan tetapi penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit hati berlemak dan OSA.
“Sebab itulah kalau ada pesakit tanya, kenapa kos pembedahan bagi kategori individu berbadan kurus dan ‘plus size’ sama, jawapan Pak Long pembedahan yang kita lakukan bukan ikut timbang kati tetapi mengambil kira ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian pembedahan dan rawatan selepas pembedahan,”katanya.
View this post on Instagram
Netizen berkongsi pelbagai pendapat mereka pada ruangan komen. Rata-rata menyambut baik perkongsian itu.
- “Info yang bermanfaat untuk semua orang.”
- “Kadang-kadang orang kurus pun ada kolestrol tinggi.”
- “Oh so maksudnya saizbadan kita tidak menentukan saiz perut kita.”
Hakikatnya, semua perkara yang melampau termasuk makan dalam kuantiti banyak boleh memudaratkan.
Menjaga saiz hidangan dan memilih jenis makanan berkhasiat ialah cara terbaik untuk mengelakkan obesiti dan pelbagai jenis penyakit.
Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Instagram @dr.mustafamt
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang