Lelaki OKU mental dipukul, diseret di pasar tani, netizen dedah rupanya baik hati. 'Orang nampak happy tapi terselit duka...'

No Image Caption
A
A
A

SEORANG lelaki dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) mental menjadi mangsa dipukul dan diseret di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.

Luluh hati melihatnya dibelasah tanpa perikemanusiaan, rupanya insan istimewa itu menyimpan kisah duka.

Menerusi satu hantaran yang tular di laman sosial TikTok, seorang peniaga dikenali sebagai Ain Ngalim berkongsi mengenai lelaki OKU berkenaan.

Lelaki yang mendakwa dirinya berasal dari Kemaman turut mengakui sebagai pengumpul wang lama.

Menunggang motosikal, dia juga menyerahkan wang kertas RM1 lama kepada peniaga berkenaan sambil menceritakan tentang kehidupan.

"Orangnya nampak happy tetapi di sebaliknya terselit beribu kedukaan.

Artikel Berkaitan:

"Ada sesiapa kenal tak brother ni? Mulanya dia datang dengan menyanyi (boleh dikatakan macam tak betul) datang beli air kelapa.

"Ada budak nak tukar duit dengannya, dia bagi dan cakap duit tu mahal. Rezeki budak tu duit tu nombor cantik. Kemudian dia datang lagi membeli dengan wang RM10. Dia cakap nombor sirinya cantik juga dan berikan kepada saya.

"Ketika berbual, beliau cerita tentang isterinya curang. Tetapi wanita itu katanya tidak salah kena menjadi mangsa ilmu hitam hingga habis ikhtiar berubat.

No Image Caption

"Dia maklum dia orang Kemaman. Terakhir sebelum dia pergi dia bagi pula duit RM1 lama sebagai hadiah. Katanya, dia collector duit lama.

"Tidak tahu sama ada ALLAH menghantarnya sebagai ujian atau ALLAH nak tambah rezeki buat kami. Semoga dipermudahkan segala urusannya, nampak sakit yang ditanggung tu," kongsi pemilik akaun TikTok Ain Ngalim.

Hantaran Ain pada Rabu itu meraih hingga 1.7 juta tontonan.

Tidak sekadar itu, ramai warga maya pernah menjadi saksi kebaikan insan istimewa itu.

No Image Caption



Artikel berkaitan:

Baru-baru ini, lelaki ketidakupayaan mental berkenaan sekali lagi tular dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di sebuah pasar tani.

Menerusi rakaman yang tular berdurasi 1 minit 52 saat, kejadian yang dipercayai berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman itu melihatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di situ.

Perlanggaran itu mengakibatkan barangan jualan gerai berkenaan rosak dan ada makanan yang dijual jatuh bertaburan di atas jalan.

Ia malah menimbulkan suasana tegang dengan peniaga dan lelaki tersebut bertikam lidah sebelum dia dipukul oleh orang ramai di tempat kejadian.

No Image Caption

Lelaki tersebut kemudiannya dilihat terbaring dan cuba meminta pertolongan namun tidak diendahkan.

Susulan teruk dipukul, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.

Pihak polis mengesahkan menerima laporan pada 9.30 pagi dan mencari sekumpulan individu yang memukulnya untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan terkini, tiga individu ditahan susulan kejadian tidak berhati perut itu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira jam 8 malam hari yang sama.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 18 hingga 60 tahun manakala kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang