KHABAR angin ada mengatakan bahawa pelancaran iPhone 12 dan iPhone 12 Max bakal diadakan pada 9 September ini.

Namun, Forbes melaporkan, Pengurus Kewangan Apple, Luca Maestri meramalkan pelancaran berkenaan akan ditangguhkan ke beberapa minggu kemudian akibat penularan pandemik Covid-19.

Selain itu, ciapan Tweet yang dikongsikan oleh Jon Prosser, selaku individu yang berkongsi tarikh pelancaran iPhone SE dengan lebih awal sebelum ini mengatakan siri iPhone 12 tersebut bakal dilancarkan secara berperingkat-peringkat pada sekitar Oktober.

Reka bentuk iPhone 12 terdedah! Pelancaran mungkin ditunda

Sementara itu, iPhone 12 Pro Max pula akan dikeluarkan selang beberapa minggu selepas pengenalan iPhone 12.

Tahu tak bahawa Apple masih belum mengeluarkan reka bentuk sebenar iPhone 12 kepada umum?

Namun apa yang menarik, rekaannya kini mula menular apabila sebuah laman YouTube popular telah mendedahkan reka bentuk peranti tersebut yang boleh diklasifikasikan sebagai reka bentuk yang sebenar oleh beberapa portal terkenal yang lain.

Merujuk video tersebut, telefon pintas popular itu didatangkan dengan empat model yang mana iPhone 12 menampilkan bateri dalaman yang kecil dan teknologi paparan skrin OLED (bahan organik yang diperbuat daripada rantai hidrokarbon untuk memancarkan cahaya apabila bersentuhan dengan elektrik) yang dapat menghasilkan ton warna yang lebih jelas dan terang pada sesebuah gambar.

Selain itu, berbekalkan chipset bionic A14 yang baharu dan rangkaian Internet 5G yang mampu melancarkan penggunaan iPhone tersebut.

Iklan

Lebih mengujakan, iPhone leaker Apple Rumors states turut membongkarkan bahawa model iPhone 12 dikatakan membuat perubahan pada saat akhir apabila menukarkan nama ‘iPhone 12 Max‘ kepada nama yang lebih sinonim iaitu ‘iPhone 12 Plus‘.

Perkara ini boleh menjadi realiti memandangkan terdahulu ramai yang keliru dengan pengenalan model Max dan Pro Max.

Perubahan besar model iPhone tahun 2021?

Menurut penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo mengatakan bahawa pada tahun 2021, Apple mungkin mengeluarkan model iPhone yang paling canggih yang mana peminat tegar gajet akan disajikan dengan peranti bersama pengalaman ‘tanpa wayar’ sepenuhnya. Pengecasan pada model berkenaan pula akan menggunakan aksesori tanpa wayar.

Iklan

Kuo juga menjangkakan Apple bakal memperkenalkan “iPhone SE2 Plus” dengan reka bentuk layar penuh, menggunakan sensor ID sentuh tanpa menggunakan ID wajah. Malah, dia turut memberitahu harga model berkenaan lebih berpatutan berbanding dengan harga iPhone yang lain.

“Apple akan memperkenalkan iPhone SE2 Plus pada tahun 2021. Kami meramalkan bahawa skrin layar model tersebut adalah 5.5 atau 6.1 inci. Bahagian atas paparan telefon pintar generasi terbaru itu juga akan lebih kecil kerana tiada sokongan ID wajah. ID sentuh juga akan disatukan dengan butang kuasa,” kata Kuo.

Jadi, apa pun reka bentuk yang akan dikeluarkan Apple, SinarPlus percaya ramai kalangan peminat tegar gajet tersebut sudah tidak sabar untuk memilikinya seperti apa yang berlaku sebelum ini.

Soal harga? Kalau dah namanya peminat tegar, rasanya bab harga bukan lagi jadi persoalan. Betul tak?