IPhone merupakan satu jenama telefon pintar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Peranti yang dibangunkan oleh syarikat terkemuka dunia, Apple itu terlalu popular sehingga mereka sudah mempunyai ‘tentera’ tersendiri.

Keluar sahaja model apa pun pasti laku terjual! Ramai juga dilihat sanggup ‘berhabis’ untuk memiliki telefon pintar tersebut meskipun harganya mencecah ribuan ringgit.

Dek kerana kecanggihan teknologinya yang seiring dengan perkembangan semasa mungkin ia kini tetap menjadi buruan dan impian terutama golongan muda.

[VIDEO] Review Iphone 12 next level, komponen dibuka satu demi satu

Terbaharu, Apple telah melancarkan iPhone 12. Pelancaran model ini menimbul kontroversi selepas Apple didakwa tidak menawarkan charger dan EarPods bersama telefon yang dibeli.

Ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai membincangkan soal apakah berbaloi untuk mendapatkan model terbaru ini atau sebaliknya.

Rata-rata pembeli tegar akan menunggu review daripada mereka yang telah memiliki telefon tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Namun kali ini lain pula yang jadi apabila baru-baru terdapat seorang pengguna yang telah menjadi orang terawal mendapatkan telefon pintar berkenaan tampil membuat review dengan cara yang luar daripada kebiasaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Twitter @XavierNaxa itu, seorang lelaki telah membuka alat komponen yang terdapat di dalam Iphone tersebut secara satu per satu.

Situasi itu telah membuatkan rata-rata warganet berasa tidak senang setelah melihat telefon pintar yang berharga ribuan ringgit dan baru sahaja dilancarkan itu ‘dibedah’ dengan begitu sahaja.

Malahan ada juga warganet yang turut tertanya-tanya apakah tujuan sebenar lelaki tersebut ‘membedah’ telefon berkenaan kerana tidak faham tentang keseluruhan video tersebut yang mana ia dipercayai disampaikan dalam bahasa China.

Iklan

Apa yang boleh dilihat dan cuba difaham, lelaki tersebut membuka komponen telefon berkenaan dan membandingkan dengan model terdahulu iaitu iphone 11.

Jarang-jarang berlaku orang riview ‘isi perut’ telefon, ini dah dikira review next level. Wow!

Iklan

Difahamkan iPhone 12 lebih banyak mendapatkan sambutan berbanding model Pro. Permintaan yang tinggi daripada pengguna di China ini secara tidak langsung membuktikan ketiadaan palam pengecas atau EarPods bukan penghalang buat jenama ini menjual produk keluaran mereka.

Lebih hebat, jenama ini optimis untuk menawarkan sebanyak 80 juta unit siri iPhone 12 menjelang akhir tahun ini bagi memenuhi permintaan pengguna seluruh dunia.

Model terbaru ini menjadi kegilaan ramai menerusi penawaran rekaan baharu, sokongan internet 5G serta kualiti kamera yang turut dipertingkatkan.