Viral tanghulu buah rangup & sedap, ini cara mudah buat caramel confirm jadi

A
A
A

Viral tanghulu buah rangup & sedap, ini cara mudah buat caramel confirm jadi

SANA sini orang bercakap tentang tanghulu buah ni. Dengarnya sedap sangat-sangat! Kalau membeli, harga pula agak ‘kayangan’.

Baru-baru ini, kawan admin ada berkongsi telah membuat tanghulu buah ni menggunakan anggur viral yang hijau, lembut dan manis tu. Katanya double manis waspada makannya.

Untuk mereka yang belum berkesempatan untuk makan buah tanghulu ayuh kita cuba buatnya. Jika tak mahu manis, boleh cuba dengan buah yang agak masam seperti oren dan anggur hitam.

Resipi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nor Atika Nazirah.

"Serius sedap gila & puas hati buat sendiri. Tak payahlah beli kat kedai yang tak halal tu.

"Cuma part gula kena sabar sangat. Tunggu sampai dia caramel & berbuih sikit baru letak buah dalam air berisi ais, yang penting taghulu ni sedap betul buat guna oren kecil-kecil, anggur dan strawberi" ujarnya.

Cuba juga Cara orang China sejukkan badan, minum air buah luo han guo. Ini cara nak buat sendiri

Kredit foto: FB Nor Atika Nazirah

Bahan-bahannya;

Cara membuatnya:

1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Api kena perlahan ya bahagian ni. Dan nampak macam nak perang sikit, buka api sederhana besar dan buat sehingga gula itu berwarna perang sikit jer, jangan perang sangat nanti gula pahit.

2. Lepas gula tu dah berbuih, cepat-cepat celup buah dekat air gula yang berbuih itu dan celup-celup kejap.

Baca juga Buah melon bantu kurangkan risiko kanser paru-paru, prostat & kerosakan mata. Banyak lagi manfaat lain

3. Selepas itu terus celup dalam air berisi ais. Celup sehingga gula itu keras. Siap untuk dimakan krup krap, krup krap.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca