GAJET dengan manusia zaman sekarang memang tak boleh berpisah.

Setiap hari, kita menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.

Kepada yang bekerja sebagai wartawan misalnya, memang tiada pilihan. Kena sentiasa menghadap skrin komputer.

Itu sebab ramai mengadu akan mengalami masalah pada mata. Ada yang rabun, tidak kurang juga yang mengalami masalah mata kering dan sebagainya.

melon
SUMBER Susanne Jutzeler, Suju-Foto daripada PEXELS.

Namun, tak perlu gundah-gulana kerana terdapat sejenis buah yang sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan kita iaitu melon.

Melalui perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, buah tersebut mempunyai dua bahan antioksidan yang bagus untuk mata.

“Benda penting yang ada dalam melon ialah lutein dan zeanthin.

“Dua antioksidan ini sangat penting untuk kesihatan mata,” ujarnya melalui satu entri di Facebook.

MELON
SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Kata Dr Rizal, nutrisi dalam melon merangkumi otak, mata, jantung, usus, dan organ terbesar manusia iaitu kulit.

Beliau turut menyenaraikan beberapa manfaat lain buah tersebut. Antaranya:

1. Menghalang serangan asma
Buah melon mengandungi selenium, beta carotene, vitamin C dan choline.

Satu cawan melon membekalkan 3,500mg beta carotene dan bahan tersebut boleh menghalang daripada terkena serangan asma.

Saintis juga mengatakan seseorang yang berumur 14 tahun ke atas memerlukan 18,000mg beta carotene sehari.

 

Baca juga: Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Baca juga: Betulkah buah nangka berangin dan tak boleh makan sembarangan? Ini penjelasannya

2. Menghalang serangan jantung
Ada kajian menyatakan buah melon penting untuk kesihatan jantung dan boleh membantu menghalang seseorang daripada terkena serangan jantung.

SUMBER Towfiqu barbhuiya daripada PEXELS.

3. Menyelesaikan masalah sembelit
Fiber daripada buah melon boleh membantu mereka yang mengalami sembelit.

4. Hidrasi tubuh
Mereka yang malas minum air kerana asyik ke tandas boleh cuba makan melon.

Kandungan air yang tinggi dalam melon membantu menghidratkan tubuh dan mengurangkan lawatan ke tandas.

5. Bantu tubuh hasilkan kolagen
Buah melon mengandungi vitamin C dan sangat baik untuk membantu tubuh menghasilkan kolagen.

Baca juga: Jangan kerana seulas durian, kita masuk hospital. Ini baik buruk raja buah yang semua kena tahu

Iklan
KOLAGEN
SUMBER Sora Shimazaki daripada PEXELS.

Ia sekali gus membantu mendapatkan kulit yang anjal dan muda.

Sementara itu, rujukan di Medical News Today menyatakan buah daripada keluarga mentimun itu juga mampu mencegah kanser.

Beta carotene, tocopherol dan bahan antioksidan lain dalam buah melon membantu mencegah kerosakan sel.

“Terdapat bukti sahih yang menyatakan makanan mengandungi bahan tersebut boleh membantu mengurangkan risiko kanser paru-paru, prostat dan lain-lain.

“Kandungan fiber dalam buah tersebut juga membantu melindungi manusia daripada kanser kolorektal,” kata sumber tersebut.

MELON
SUMBER Engin Akyurt daripada PEXELS.

Dalam pada itu, Medical News Today turut mencadangkan beberapa tip untuk menyediakan hidangan sihat menggunakan buah melon. Antaranya:

1. Potong dadu dan dimakan segar.
2. Buat salad buah tropika menggunakan melon segar, betik, nenas dan mangga.
3. Hiris melon nipis-nipis dan masukkannya ke dalam air limau, teh o ais atau air kosong.
4. Buat salsa dengan menggabungkan betik, mangga, jalapeno, melon dan cili.
5. Hasilkan smoothie dengan menggabungkan melon bersama jus nanas, strawberi beku dan yogurt tanpa gula.
6. Buat kebab buah dengan melon, tembikai madu dan strawberi dan sajikannya bersama yogurt.

Iklan

Baca juga: Merah & manis! Sedapnya buah tembikai rupanya banyak khasiat dimakan ketika berbuka puasa

Justeru, kepada pembaca SinarPlus yang jumpa buah ini nanti, bolehlah cuba tip hidangan yang dikongsikan.

Bukan sahaja rasanya yang manis dan berjus, namun sangat baik untuk kesihatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!