Vivo paling top dalam carta Counterpoint untuk pasaran China, ini antara sebab jenama itu semakin dicari-cari

KEPINTARAN telefon mudah alih semakin hari semakin diyakini, apatah lagi dilengkapi ciri teknologi lebih advance demi memuaskan hati pengguna.

Tidak mahu ketinggalan dengan kemajuan teknologi, Vivo antara jenama yang sering menjadi sebutan apabila berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dalam pasaran global.

Pencapaian luar biasa tersebut didedahkan dengan kajian yang dijalankan Counterpoint Research Market Pulse untuk pasaran China baru-baru ini.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, firma penyelidikan global yang mengkhususkan kepada produk industri teknologi, media dan telekom mendedahkan data cukup menggembirakan.

Iklan
Iklan

Dalam kajian tersebut menunjukkan bahawa Vivo muncul sebagai jenama telefon pintar terbesar di pasaran China pada tahun 2021.

“Merujuk data yang diperoleh, Vivo menunjukkan prestasi cemerlang dengan peningkatan syer pasaran sebanyak 22 peratus berbanding 17 peratus pada tahun terdahulu.

Baca juga Hebat! Vivo Siri X60 lebih canggih dengan teknologi ZEISS, gambar persis jurukamera profesional

“Peningkatan tersebut sekali gus mewakili kadar pertumbuhan memberangsangkan dari tahun ke tahun sebanyak 21 peratus,” kata jenama tersebut.

Tidak hanya itu, didorong jualan luar talian yang kukuh dan ditambah strategi portfolio produk yang cukup meluas, jenama popular China tersebut berjaya menduduki tempat kedua dengan 19 peratus syer pada suku keempat tahun 2021.

Menurut International Data Corporation (IDC), Vivo turut mencatatkan perkembangan syer pasaran global kepada 9.5 peratus.

“Peningkatan itu meliputi peningkatan 14.8 peratus jumlah penghantaran iaitu sebanyak 128.3 juta unit pada tahun 2021 berbanding 111.7 juta unit pada tahun sebelumnya.”

Seiring taglineJoy of Humanity‘, Vivo secara proaktif menganalisis permintaan asas pengguna dengan menumpukan inovasi teknologi secara berterusan.

Baca juga Siri Y31 lebih bergaya dengan dua warna 3D, dilengkapi dengan AI Triple Camera

Pengenalan Siri Vivo X70 dan V23, misalnya menjadi bukti kesungguhan jenama tersebut dalam meningkatkan spesifikasi sistem kamera yang lebih canggih buat peminat fotografi.

Dalam kenyataan media tersebut, jenama itu turut menekankan bahawa pihaknya akan lebih menumpukan kepada sistem pengimejan, reka bentuk, pengendalian prestasi untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk mampan demi menyaingi pasaran yang semakin sengit.

Sebagai contoh, cip pengimejan V1 yang menjadi rekaan pertama Vivo mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan sekali gus melengkapkan ciri pintar pada siri X70.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, Vivo juga memperkenalkan ciri OriginOS Ocean yang dinaik taraf sepenuhnya pada Disember 2021 demi memberikan pengalaman optimum kepada pengguna.

Demi memanfaatkan lebih daripada 10 pusat R&D yang memfokuskan pembangunan 5G, kecerdasan buatan dan teknologi pengimejan, Vivo menyasarkan lebih banyak inovasi produk termaju dan lebih hebat pada tahun ini.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

13 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

17 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

18 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

18 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

21 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

23 hours ago