KEPADA anda penggemar snek JACK ‘n JILL Potato Chips, ini ada satu menarik nak maklum kepada korang.

Jenama itu baru sahaja melancarkan perisa baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan lokal yang langsung tidak diduga iaitu Asam Pedas Ikan!

Seperti masakan asam pedas yang selalu kita makan, rasanya memang sebiji! Pedas dan masam! Semestinya memang best lah…

Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia, Maria Sarah Albert berkata, pelancaran varian terkini itu merupakan sebahagian daripada kempen JACK ‘n JILL Potato Chips iaitu Waaajah Baharu, Waaa Asam Pedas Ikan, Waaa Bestnye!

Antara yang dihighlightkan dalam kempen itu adalah pembungkusan baharu untuk keseluruhan rangkaian JACK ‘n JILL Potato Chips yang menonjolkan reka bentuk lebih moden, kemas dan bertenaga yang memberi fokus terhadap perisa-perisanya.

Berdasarkan rekod, ia merupakan perisa tempatan kedua yang dilancarkan oleh JACK ‘n JILL Potato Chips.

Sebelum ini, perisa tempatan pertama, Sambal Udang yang telah dilancarkan pada tahun lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

.

 

“Susulan kejayaan pelancaran perisa Sambal Udang pada tahun lalu, kami teruja untuk terus mempromosikan perisa tempatan menerusi JACK ‘n JILL Potato Chips perisa Asam Pedas Ikan pula.

“Melalui perisa terbaharu ini, diharapkan agar JACK ‘n JILL Potato Chips akan terus menjadi ‘Temanmu Selalu’ kepada para penggemar snek di Malaysia dan keenakannya membuatkan mereka terluah kata ‘Waaa Bestnye!’.

Iklan

 Pembungkusan baharu juga telah menyuntik nafas segar kepada produk ini dengan wajah modennya menyerlahkan lagi profil perisanya,” kata Maria.

Okey, sebagai bonus kepada seluruh rakyat Malaysia, pada hari ini iaitu 13 November 2021, bawa bersama bukti pembelian JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan (bertarikh di antara 15 Oktober 2021 hingga 13 November 2021) untuk menebus satu set makanan bawa pulang berupa hidangan Asam Pedas Ikan bersama nasi putih. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman Facebook @jnjpotatochips.

JACK ‘n JILL Potato Chips juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu, Naim Daniel, yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu untuk musim yang kedua.

Iklan

Kata Naim: “Saya amat gembira untuk melihat kerepek kentang kegemaran saya kini berwajah baharu dan ranggi. Reka bentuknya dah lah unik; profil perisanya pula cukup terserlah. Ia membuatkan saya ingin memakannya sekarang juga! Saya juga menyukai perisa terbaharu Asam Pedas Ikan, yang sememangnya menjadi perisa tempatan kegemaran peribadi saya. Setiap kunyahan memberi nikmat dan kepuasan tidak terhingga – Waaa Bestnye!”

JACK ‘n JILL  Potato Chip perisa Asam Pedas Ikan kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan Instagram kami (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/).

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!