GELAGAT Shaheizy Sam di dapur sambil memasak nasi goreng salmon meraih perhatian ramai.

Perkongsian tersebut dimuat naik suami kesayangan Syatilla Melvin menerusi laman Instagram miliknya.

Paling melucukan apabila Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad hanya tampil dengan memakai baju-T hitam dan berkain pelikat.

shaheizy sam

Menerusi video yang berdurasi 39 saat itu, bintang filem Polis Evo itu dilihat tidak kekok memotong bawang sambil berkongsi cara memasak nasi goreng berkenaan.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata tersebut, resipi yang dimuat naik itu sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.

Baca ni Sofa Teno ilham Fuku Studio serlahkan kediaman moden. Tampak eksklusif, lebih selesa

“Hari ini saya masak nasi goreng salmon untuk berdiet. Resipi ini lebih kurang nasi goreng sardin cuma tukar guna salmon. Bahan-bahan yang digunakan seperti beras perang, sayur-sayuran dan minyak zaitun sedikit sahaja.

sam

“Letak cili padi jika mahu pedas. Itu sahaja. Tidaklah susah, konsepnya sama juga iaitu makan berpada-pada. Berhenti sebelum kenyang, makan sebelum lapar,” ujar Sam sambil disambut deraian tawa oleh isterinya.

Baca lagi Inspirasi dekor dapur sempit untuk rumah sewa tanpa kabinet. Tak mewah namun cantik, kemas & praktikal

OPEN KITCHEN JADI PERHATIAN

Di sebalik perkongsian tersebut, ramai yang terpaku melihat dapur kediaman milik pasangan tersebut. Rata-rata memuji dan menyamakannya dengan dapur di kedai.

Berikut antara komen yang dimuat naik warga maya menerusi media sosial pelakon berusia 41 tahun itu:

shaheizy

Iklan

‘Dapur macam kedai tomyam.’
‘Dapur macam buka kedai makan.’
‘Dapur kedai tomyam, deko rumah klinik, cat rumah balai polis.’
‘Suka tempat api Sam tu. Restoran style.’
‘Sukanya konsep open kitchen begini.’
‘Berlakon pandai, masak pun pandai.’
‘Serius cakap, dapat dapur macam tu memang puas hati.’
‘Suka tengok dapur dengan sinki mereka. Sempoi macam kedai punya.Senang nak masak.’

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

syatilla

Patutlah ramai puji Sam, bukan jer pandai berlakon, bab di dapur pun dia hebat. Serba-serbi berbakat suami Tilla ni, kan?

Iklan

Memang lawa dapur milik pasangan selebriti ini. Mood nak masak pun sentiasa on kalau dapat yang macam ni, kan!

Sumber: TikTok Shaheizy Sam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang