Wanita ini kongsi petua paling win untuk kulit wajah cerah berseri, guna kunyit & beras jer. Mudah, jimat & menjadi!
Wanita ini kongsi petua paling win untuk kulit cerah berseri, guna kunyit & beras jer. Mudah, jimat & menjadi!
SIBUK dengan urusan kerja mahupun rumah tangga, penampilan diri sesekali jangan diabaikan.
Lebih-lebih lagi bab kulit wajah. Pastikan ia tak nampak kusam atau tidak bermaya akibat kurang tidur, letih dan sebagainya.
Bagi kaum ibu yang ingin mendapatkan kulit yang cerah berseri, tidak perlu hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata.
Sebaliknya, anda boleh menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Antaranya seperti kunyit dan beras yang dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah. Bagi SinarPlus, paling penting, kena rajin!
Baca lagi Cantikkan kulit & turun berat badan guna air rebusan asam gelugur, sedap! Cara buat pun mudah
Kami kongsikan kembali tip cantik cara alami dengan menggunakan kunyit hidup dan juga beras sahaja.
Perkongsian tersebut sebenarnya dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Aya Zuki.
"Semalam kan tempek pes kunyit hidup dan beras dekat muka. Bangun pagi tengok cermin, nampak berseri-seri muka. Makin cerah pulak tu. Sukanya!
"Siapa suka buat rawatan muka sendiri dekat rumah? Memang tak kan sebab leceh. Saya memang dari dulu rajin buat.
"Saya suka guna bahan-bahan semula jadi. Selamat untuk kulit. Suka sangat guna kunyit untuk buat masker atau scrub. Serius kunyit memang best. Berkesan," ujar beliau.
Malah katanya lagi, kunyit juga bagus untuk kecantikan kerana memiliki antiradang, antiseptik, antibakteria dan antipenuaan.
"Bila buat mask muka memang best. Kalau nampak jerawat macam nak naik tempek terus kunyit. Kecut terus. Sebab ciri-ciri antibakteria yang kuat. Parut jerawat pun cepat pudar," kongsi Aya lagi.
Baca lagi Nak wajah bersih wajib buat 7 perkara ini masa cuci muka, jerawat pun tak tumbuh
Cara penyediaan:
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3 sentimeter).
2. Kisar beras yang direndam semalaman (setengah cawan beras).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (Jika wajah jenis berjerawat jangan digosok, sapu sahaja).
4. Tunggu 30 minit sebelum dibilas dengan air. Setelah itu, barulah guna pencuci muka jika wajah anda nampak kuning.
Tip cantik:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu).
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Apalagi, jom cuba cara Aya. Mungkin ia berkesan untuk anda.
Sumber: Facebook Aya Zuki
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang