PASTI ada yang mengenali Mat Dan, pengacara dan pempengaruh ‘Mat Saleh’ yang fasih bertutur loghat Terengganu.

Sekadar makluman, anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari United Kingdom itu, pada awalnya merupakan seorang pengembara.

Namun, telah mengambil keputusan menetap di Malaysia sejak tahun 2009 ketika berkunjung ke Pulau Kapas, Terengganu.

Baca ni ‘Cantiknya Alisa. Sekejap jer dah besar.’ Hanis Zalikha kongsi video anak sambut hari lahir di spa kanak-kanak bikin warga maya teruja

mat dan

Selepas memeluk Islam, beliau yang dikenali sebagai Mohammad Kareef Daniel Abdullah itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Nadifa Adnan, anak jati Terengganu.

Kini pasangan tersebut bahagia melayari alam rumah tangga dengan kehadiran tiga cahaya mata yang comel-comel belaka.

Mat Dan rajin berkongsi gambar mereka sekeluarga di laman Instagram miliknya.

mat dan

Baca ni ‘Cantiknya Ecah walau tak ada gigi. Mata besar, hidung mancung.’ Gelagat Aaisyah Dhia Rana berlakon ala mami jarum raih perhatian!

Menerusi Instagram Storynya sebelum ini, beliau sering memuat naik wajah ketiga-tiga anaknya, Muhammad Zayne, Eydan Yusoff dan Esabelle Zahra.

Terbaharu, penyampai radio Molek FM itu memuat naik sekeping video yang memaparkan wajah anak ketiganya, Esabelle.

Si kecil yang mengenakan gaun rona putih dilihat begitu comel dan wajahnya kini kian berubah mirip wajah sebelah bapanya.

 

mat dan

WARISI BAKA MAT SALEH

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata memuji kecomelan anak-anak pempengaruh berkenaan yang banyak mewarisi wajah ayahnya yang berbaka mat saleh.

Berikut antara komen yang dimuat naik warga maya:

‘Setakat ni air muka mak dia, meningkat dewasa nanti air muka mat saleh pula.’

Baca lagi  ‘Mesti waktu hamil mommy rajin.’ Isteri Shukri Yahya kongsi gelagat anak lelaki suka mengemas, ramai nak buat menantu!

Iklan

‘Kecik-kecik muka mak nya. Besar esok muka ayah nya.. Tengok lah nanti.’

‘Wah sebijik ikut mummy muka kali ni.

‘Comel Zahra. Anak solehah yang menyejukkan hati ibu ayah. Amin.’

‘Ni pun muka ikut mat Dan juga nanti. Macam anak saya. Tiga bulan pertama kulit gelap atau merah sikit. Masuk bulan keenam, jadi cerah sampai sekarang.’

‘Hi Esabelle. Mula-mula muka Melayu, kemudian ikut daddy belaka. Abang-abang sebelum ini begitu juga.’

Suka betul tengok anak-anak Mat Dan ni. Memang tidak dinafikan, anak-anak yang mewarisi darah kacukan pasti comel-comel belaka kan!

Hmm…memang lawa pun Esabelle ni. Kalau dah besar, mesti glamor punya!

Iklan

Baca ni ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

Sumber: Instagram Mat Dan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.